• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HSR Jakarta-Bandung Hampir Siap, Masa Perjalanan Tiga Jam Akan Jadi 40 Minit Sahaja

HSR Jakarta-Bandung Hampir Siap, Masa Perjalanan Tiga Jam Akan Jadi 40 Minit Sahaja

August 8, 2022 By Han Othman Leave a Comment

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pertama untuk laluan Jakarta-Bandung, Indonesia kini berada di fasa akhir pembinaan.

Projek dilaksanakan syarikat Qingdao milik Kumpulan Zhongche China (CRRC) itu akan menggunakan gerabak HSR buatan China yang kali pertama dieksport ke luar China dan mampu beroperasi dengan kelajuan hingga 350kmj.

BACA >>> Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3
BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

HSR Jakarta-Bandung dibina menggunakan teknologi HSR Fuxing China yang terkenal dengan kereta api kelajuan tertinggi dunia. Bagi memastikan kereta api itu mampu beroperasi lancar, pembinaan projek itu turut mengambil kira keadaan kawasan di republik tersebut.

Projek itu juga antara program di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama substantif China-Indonesia, serta menjadi 'surat tempahan' asing pertama ditangani China yang melibatkan seluruh sistem pengendalian HSR buatan China dan rantaian industri perkilangan lengkap.

Sebagai makluman, Konsortium Kontraktor HSR yang ditubuhkan Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) menandatangani kontrak EPC dengan Syarikat Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) pada 4 April 2017, manakala projek bermula menyeluruh pada 9 Jun 2018.

Sebanyak 13 terowong sepanjang laluan HSR Jakarta-Bandung sudah disiapkan sepenuhnya pada 21 Jun lalu, manakala pembinaan landasan kereta api menggunakan balast (batu kelikir) siap dibina 1 Julai lalu.

Sebagai HSR pertama di Asia Tenggara, dan menjadi projek penting bawah kerangka inisiatif BRI, masa diambil untuk jarak perjalanan kira-kira 142km antara Jakarta dan Bandung dijangka dapat dikurangkan kepada 40 minit sahaja berbanding tiga jam.

BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang
BACA >>> Projek MRT3 Sambung Semula, Operasi Penuh 2030!

SUMBER: Bernama

Related

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, HSR Jakarta-Bandung, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Kereta Api Laju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev