• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volvo XC40 Bakal Debut April Ini, di Pasaran Antarabangsa Awal 2018

Volvo XC40 Bakal Debut April Ini, di Pasaran Antarabangsa Awal 2018

January 19, 2017 By Han Othman 1 Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

volvo-xc40-bg
BERITA baik buat peminat kejuruteraan Scandinavia, Volvo XC40 bakal dilancarkan di China tidak lama lagi sebagai peneman kepada model abang, XC90 yang cukup sukses dalam barisan famili pengeluar automotif dari Sweden itu.

Volvo XC40 sudah pun ditayangkan kepada umum dalam bentuk model Concept 40.1 pada tahun lalu. Versi pengeluaran bakal melakukan debut di Pameran Auto Shanghai pada April ini sebelum memasuki pasaran antarabangsa pada awal tahun depan - 2018.

KONGSI PLATFORM DENGAN GEELY

Volvo Concept 40.1
Volvo Concept 40.1
geely-lynk-co-1

Volvo XC40 dibina berasaskan platform baharu, dinamakan Arkitektur Modular Kompak (CMA) yang turut digunakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) dari China, Geely Lynk & Co 01. Sebagai makluman, Geely ialah syarikat induk kepada Volvo. Kedua-dua model tersebut dikatakan dibina dalam kilang pemasangan di China yang juga dikongsi bersama.

Apabila Volvo memperkenalkan Concept 40.1, pengeluar automobil Sweden itu berjanji bahawa model pengeluaran akan ditawarkan dalam opsyen enjin konvensional atau hibrid.

logo-volvo

Jadi, Volvo XC40 mungkin saja datang dengan enjin tiga silinder 1.5L, empat silinder 2.0L atau hibrid plug-in. Sama seperti XC90, asas XC40 ialah menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD), tetapi boleh saja diubah menjadi pacuan semua roda (AWD), sama ada dengan aci pacu (driveshaft) tradisional atau motor elektrik atas gandar belakang.

Di pasaran, Volvo XC40 akan berentap dengan Audi Q3, BMW X1 dan Mercedes-Benz GLA dalam segmen crossover atau SUV kompak mewah. Volvo juga akan membawa masuk sedan S40 dalam pasaran, termasuk juga hatchback V40 yang turut dibangunkan berasaskan platform sama.

Dalam segmen SUV, XC90 ialah antara model Volvo paling dihormati di kalangan pemerhati dan peminat automotif dengan mendapat reviu positif. Semestinya pengenalan XC40 ialah keputusan tepat dilakukan Volvo dalam menerusi legasi kejayaan yang dilakarkan XC90.

GALERI

volvo-xc40-1
volvo-xc40-2
volvo-xc40-3
volvo-xc40-4
volvo-xc40-5
volvo-xc40-6

SUMBER: Road and Track

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Scandinavia, SUV, Volvo, Volvo XC40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev