TEMPAHAN untuk kenderaan jenama Perodua kekal positif walaupun Kerajaan sudah menamatkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu.
Bulan lalu, Perodua menerima 24,265 unit tempahan untuk semua model, manakala Alza saja mencecah 9,000 unit tempahan.
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Lebih 30k Unit Tempahan, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!
PRESTASI JUALAN JANUARI-JULAI 2022
- Kenaikan 48.7 peratus.
- Jualan tujuh bulan pertama 2022 145,689 unit berbanding 97,945 unit dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?
DUA FAKTOR BERLAKU KENAIKAN
- Pertama: Permintaan tinggi sebab pembeli mahu menikmati pengecualian SST.
- Kedua: Sektor ekonomi dibuka berbanding tahun lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;
Faktor kedua ialah kesan penutupan hampir semua sektor pada Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu.”
Zainal Abidin mengakui tempahan kenderaan baharu tidak setinggi prestasi Januari hingga Jun 2022 (ketika lanjutan pengecualian SST). Bagaimanapun, beliau menyifatkannya lebih baik berbanding apa dijangka sebelum ini sebagai bukti industri automotif masih ada potensi cerah.
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!
CERITA ALZA BAHARU
Zainal Abidin berkata, jumlah tempahan Alza baharu sudah mencapai 39,000 unit (termasuk 9,000 unit bulan lalu) dengan menetapkan sasaran jualan 3,000 unit sebulan.
Beliau berkata;
Walaupun angka jualan kami sehingga kini kukuh, tetapi masih lagi terdapat beberapa isu belum selesai seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang masih belum stabil.
“Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan kami merosot 13.3 peratus kepada 18,346 pada Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lalu.”
INI USAHA PERODUA
Zainal Abidin berkata lagi;
Perodua sedang bekerja rapat dengan Kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan pekerja dalam sektor automotif pada awal Ogos ini dan dengan ini Perodua dapat beroperasi sepenuhnya.
“Dalam isu kekurangan bekalan cip semikonduktor pula, kami sudah mendapat bekalan secukupnya untuk mengeluarkan dan mendaftar lebih 247,800 unit yang disasarkan awal tahun ini.
“Namun, kami masih dalam usaha menstabilkan peningkatan pengeluaran. Ini bermaksud kami hanya akan mengumumkan sasaran jualan baharu kami pada tarikh kemudian.”
BACA >>> Perodua Dedah Strategi Langsaikan 'Hutang' 243k Kereta Pelanggan
BACA >>> Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu
BACA >>> Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
BACA >>> Ini Cerita Kemalangan Perodua Alza Serba Baharu di Negeri Sembilan
BACA >>> Remuk Hati Pemilik, Perodua Alza Baru 2 Hari Guna Terlibat Kemalangan
Leave a Reply