• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Jepun Henti Ambil Tempahan 10 Model Popular, Malaysia Turut Terkesan?

Honda Jepun Henti Ambil Tempahan 10 Model Popular, Malaysia Turut Terkesan?

August 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Jepun mengumumkan keputusan untuk menghentikan pengambilan tempahan sebanyak 10 model motosikal dan skuter popular gara-gara berdepan beberapa situasi yang menjejaskan pengeluaran di kilang mereka.

Model yang terlibat ialah Rebel 250, Rebel 500, Rebel 1100, CRF250 Rally, CRF250L, Forza, ADV150, Grom, Monkey 125 dan Hunter Cub.

BACA >>> Honda Rebel 500 (2022) Malaysia Tambah Warna Baharu, Harga RM32.8k!
BACA >>> Honda CRF250 Rally (2021) dengan Seragam Rali Dakar Lancar di Malaysia, Harga RM27.5k

Menerusi kenyataan bertarikh 1 Ogos 2022, Honda Jepun menyatakan penyebab kepada penggantungan pengambilan tempahan ialah:

  • Masalah bekalan komponen global
  • Isu kekurangan kontena kiriman barang
  • Kesesakan tinggi pengangkutan kapal laut
  • Lambakan atau kesesakan kontena di kawasan pelabuhan
  • Masalah kekurangan semikonduktor
  • Gangguan rantaian bekalan komponen
  • Perintah berkurung akibat wabak Covid-19 di beberapa negara
  • Pelaksanaan peraturan baharu emisi gas ekzos Jepun (Reiwa)

Setakat ini, Honda tidak mendedahkan bila tempoh pengantungan tempahan motosikal atau skuter akan tamat. Malah tidak dapat dipastikan sama ada perkara sama akan berlaku di negara lain.

Kami sudah cuba menghubungi pihak Boon Siew Honda untuk mendapat kepastian sama ada Malaysia turut terkesan atau sebaliknya. Mereka mengesahkan pasaran Malaysia TIDAK terjejas.

BACA >>> Honda RS-X Repsol Edition (2022) Kini di Malaysia, Terhad 5,000 Unit, Harga RM9.9k!
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Punca Kenapa Komponen Radiator Boleh Bocor?
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu

SUMBER: Honda Japan 

Related

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH), Gangguan Komponen Honda, Honda Japan, Isu Stok Motosikal Malaysia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my