• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Beginilah Enjin Pembakaran Dalaman Bekerja, Gerak Perlahan 4,000fps!

#Videotomotif: Beginilah Enjin Pembakaran Dalaman Bekerja, Gerak Perlahan 4,000fps!

January 18, 2017 By Han Othman 1 Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBANYAKAN kenderaan hari ini menggunakan jenis enjin spesifik: enjin piston 4-lejang. Enjin jenis ini boleh dikatakan agak rumit kerana dibina menggunakan binaan logam yang kuat dan sukar bagi kita untuk melihat apa berlaku di dalamnya. Pasukan Warped Perception mengambil inisiatif bijak apabila membina sebuah enjin dengan kepala silinder transparen menggunakan kaca transparen.

Dalam video di bawah, pasukan Warped Perception melakukan proses pembakaran dalaman di dalam enjin piston dan pada masa sama merakamkan detik tersebut dalam gerakan perlahan hingga 4,000 frem per saat (fps). Keputusannya, kita dapat melihat dengan jelas setiap proses kerja yang berlaku dalam kitaran pembakaran sesebuah enjin piston.

BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Pelumba Rali Perlukan 'Co-Driver'?


Kelihatan empat bahagian transparen dalam enjin itu. Paling kiri [1] ialah piston bergerak ke atas dan ke bawah. Di kanan [2] ialah injap ambilan dan ekzos (rekabentuk enjin kepala flat, injap-dalam-blok). Di kanan bawah [3] pula ialah visual palam pencucuh sedang memercikkan api untuk menyalakan bahan bakar.

EMPAT PROSES KITARAN PENUH

kitaran-4-lejang
Video dipaparkan itu ialah enjin 4-lejang yang membabitkan empat peringkat dalam kitaran penuh. Peringkat 1 ialah injap ambilan terbuka bagi membenarkan udara dan bahan api memasuki kebuk, manakala piston bergerak ke bawah. Peringkat 2, piston bergerak ke atas dan memampatkan bahan api. Peringkat 3, bahan api akan dicucuhkan dan tekanan daripada pencucuhan itu mendesak piston ke bawah. Peringkat 4 atau terakhir ialah piston bergerak semula ke atas, mendesak ekzos keluar menerusi injap ekzos yang baru terbuka.

BACA >>> Fakta Ringkas dan Padat Mengenai Enjin Pembakaran Dalaman Yang Perlu Anda Tahu

Inilah cara bagaimana sesebuah enjin piston bekerja. Namun, eksperimen dilakukan tim Warped Perception turut membabitkan penggunaan bahan api selain petrol, seperti isopropil alkohol (isopropyl alcohol) dan asetilena (acetylene). Nampaknya, enjin digunakan tidaklah cerewet sangat, tetapi apa yang pasti ialah ia reliabel dalam tempoh masa tertentu sahaja. Jadi, jangan sesekali cuba melakukannya untuk enjin kereta sendiri jika tidak mahu menangis di kemudian hari. 😀

Durasi video: 08:13
* Klik CC pada bawah panel frem untuk sarikata Bahasa Inggeris

SUMBER: RoadAndTrack

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, enjin, enjin 4-lejang, enjin pembakaran dalaman, enjin piston, Roda4, videotomotif, Warped Perception

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my