EUROTECH Wheel Distrubution meluaskan tawaran motosikal jenama KTM dengan memperkenalkan tiga model baharu iaitu 890 Adventure, 890 Duke R dan RC 200.
Tiga produk terbaharu itu dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang September 2022. Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> Husqvarna Norden 901 (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM98.8k!
BACA >>> GasGas Masuk Pasaran Malaysia dengan Dua Model, Harga Mula RM39.8k!
HARGA
- KTM 890 Adventure: RM96,800
- KTM 890 Duke R: RM75,800
- KTM RC 200: RM15,888
KTM 890 Adventure
- Ada dua pilihan warna iaitu kelabu dan oren.
- Dipacu enjin dwo-silinder sebaris 889cc 8-injap dengan sistem sejukan cecair, menghasilkan kuasa 103hp dan tork 100Nm. Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Ada empat mod tunggangan iaitu Offroad Ride, Street, Rain dan Rally.
- Ketinggian pelana 830mm. Berat kering 196kg.
- Kapasiti tangki minyak 20 liter. Kadar penggunaan bahan api ialah 4.5 liter setiap 100km.
- Sistem suspensi membabitkan fork depan (WP APEX 43) dan monoshock belakang jenama WP APEX.
KTM 890 Duke R
- Berkongsi enjin seperti 890 Adventure tetapi menawarkan daya kuasa berbeza iaitu 121hp dan tork 99Nm.
- Empat mod iaitu Sport, Street, Rain dan Track. Tayar digunakan jenis Michelin Powercup II.
- Dilengkapi alat pengesan 6D Sudut Miring (Lean Angle), membantu kawalan cengkaman tayar.
- Sistem brek cakera berkembar (depan) Brembo Stylema monoblok 320mm dengan kaliper 4-piston dan cakera tunggal Brembo 240mm kaliper piston tunggal (belakang).
KTM RC 200
- Sportbike RC 200 menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 199.5cc dengan sistem sejukan cecair dan sistem pengurusan enjin Bosch, menawarkan kuasa 25hp dan tork 19.5Nm.
- Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan. Tangki minyak sebesar 13.7 liter.
- Didatangkan dengan pelana baharu untuk menambah baik keselesaan, meningkatkan pergerakan penunggang.
- Sistem brek cakera dengan kaliper ByBre, cakera tunggal depan 320mm dengan 4-piston, cakera belakang 230mm dengan piston tunggal.
- Berat kering 151kg, ketinggian pelana 824mm dan menggunakan frem jenis keluli trelis.
- Ada dua pilihan warna iaitu hitam dan putih bersama liveri oren KTM.
- Lampu utama jenis halogen dengan lampu siang (DRL) LED.
- Sistem suspensi kekal jenama WP Apex (depan dan belakang).
Leave a Reply