• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia

China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia

August 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN Jepun, China dan Korea Selatan turut menjadi negara luar terbaharu yang berminat meningkatkan pelaburan di Indonesia dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

Pengeluar autmotif dari Korea Selatan, Hyundai sudah memulakan pengeluaran beberapa kategori kenderaan elektrifikasi seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan SUV elektrik di kilang dekat Karawang, Jawa Barat sejak Januari lalu.

Kilang Hyundai di Karawang dijangka memulakan pengeluaran hujung tahun ini.

Hyundai juga sudah melancarkan model Ioniq 5 sebagai produk elektrik pertama buatan kilang berkenaan pada Mac lalu.

Fasa pertama menyaksikan Hyundai melabur AS$750 juta (RM3.34 bilion) di Indonesia dengan kapasiti pengeluaran 150,000 unit setahun, termasuk 3,000 unit EV, dan akan dipertingkat mengikut permintaan.

Chery Motor dari China pula dilaporkan sedang meninjau pasaran Indonesia untuk pelan pelaburan. Malah wakil pengeluar itu Chery dikatakan sudah bertemu Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmitha untuk berbincang mengenai rancangan pelaburan yang bakal bermula tahun ini.

Nilai pelaburan dari Chery Motor dianggarkan bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM6.68 bilion).

Bermula tahun ini, Chery memulakan pengeluaran kenderaan jenis SUV secara berperingkat dengan sembilan model, termasuk beberapa produk eksport. Malah Chery Motors Indonesia akan memulakan empat peringkat pelaburan hingga 2028.

BACA >>> Hyundai Bakal Bina Pusat R&D di Indonesia, Fokus Hasilkan Produk Tempatan dan Asean
BACA >>> Infiniti Tarik Diri dari Pasaran Australia, Apa Nasib Jenama Itu di Malaysia?
BACA >>> Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia
BACA >>> Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia
BACA >>> Indonesia Bakal Perkenal Skuter Elektrik Gesits (2021) untuk Pasaran Domestik, Asean
BACA >>> Suzuki Ertiga Hybrid (2022) Lancar, Hibrid Paling Murah di Indonesia! Harga Mula RM81k

SUMBER: Liputan6

Related

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agus Gumiwang Kartasasmitha, Auto Terkini, Chery Motor, Chery Motors Indonesia, EV, Hyundai Indonesia, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my