• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!

Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!

August 1, 2022 By Han Othman Leave a Comment

482
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN Pelbagai guna (MPV) Perodua Alza (2022) serba baharu mendapat rating lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (Asean NCAP) yang diadakan Mei tahun ini.

Berdasarkan maklumat didedahkan, rating lima bintang diperoleh Alza (2022) dengan skor 81.64 poin berdasarkan empat kategori penilaian.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?

Bagi perlindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupant), MPV itu meraih 36.20 poin daripada maksimum 40.00 poin, manakala kategori perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (Child Occupant) mencatatkan 16.88 poin.

Dua kategori lain, iaitu Bantuan Keselamatan (Safety Assist) mendapat 18.57 poin, dan Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcyclist Safety), 10.00 poin.

Kembar kepada Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia (di Indonesia) itu dilengkapi ciri 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Pengingat Tali Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang.

Alza (2022) turut dilengkapi Brek Kecemasan Automatik (AEB), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), dan Perlindungan Pejalan Kaki untu semua varian, manakala aspek keselamatan menawarkan ciri Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

BACA >>> Asean NCAP Uji Pembangunan Teknologi Titik Buta, Bakal Jadi Standard Ujian Baharu
BACA >>> Toyota Veloz (2021) Dapat Rating 5 Bintang dalam Ujian Asean NCAP

SUMBER: AseanNCAP

Related

482
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza Serba Baharu, ASEAN NCAP, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Perodua Alza (2022), Rating Alza (2022), Roda4, Toyota Veloz, ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my