SEPERTI setiap musim panas lalu, Ducati World Premiere 2023 akan bermula pada September tahun ini. Walaupun Ducati dan Pameran Motosikal Milan (EICMA) sudah mengesahkan kehadiran di acara dua roda terbesar dunia itu pada November nanti.
Ini bermakna, pengeluar asal Itali itu kekal akan melancarkan model terbaharu menerusi format atas talian.
Ada tujuh episod dan setiap episod melancarkan model baharu, bermula 2 September hingga 7 November ini, manakala pada 8 November menjadi tarikh EICMA bermula. Jika judul setiap episod terdahulu memberikan bayangkan model bakal dilancarkan, tetapi judul kali ini agak samar.
Apapun, berikut judul baharu Ducati:
- 2 September 2022: Episod 1 - The Unexpected (Yang Sukar Diduga)
- 15 September 2022: Episod 2 - Ready for More? (Mahu Lebih Lagi?).
- 29 September 2022: Episod 3 - Unlock Earth (Membongkar Bumi)
- 7 Oktober 2022: Episod 4 - This is Racing (Inilah Perlumbaan)
- 20 Oktober 2022: Episod 5 - Push Forward (Maju ke Hadapan)
- 28 Oktober 2022: Episod 6 - Dare to be Bold (Berani Menonjol)
- 7 November 2022: Episod 7 - Next Gen Freedom (Kebebasan Generasi Seterusnya)
Apakah agaknya model bakal dilancarkan? Mungkinkah 'Next Gen Freedom' mengenai Scrambler baharu? Mungkinkah 'Unlock Earth' membayangkan Multistrada Enduro baharu? Ataupun episod 'This is Racing' pula melibatkan Panigale baharu atau versi dipertingkat? Bagaimana pula model Monster dan Diavel?
Sama-sama kita nantikan.
Leave a Reply