• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Tak Sangka Ikut Kereta Google Street View Pun Sesat Juga

Pemandu Tak Sangka Ikut Kereta Google Street View Pun Sesat Juga

July 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

647
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN seorang individu yang mengekori sebuah kereta Google Maps supaya tidak sesat mengundang padah apabila kedua-duanya turut sesat di satu laluan sempit di perkampungan terpencil di Indonesia.

@bagas_gentho gak tanggung2 diprank mobil Google maps langsung 😂😂 #fyp ♬ suara asli - Bagas Ekatama Hernawan - Bagas (gentho)

Detik itu dikongsikan Bagas Ekatama Hernawan yang memandu mengekori Honda HR-V yang sedang melakukan rakaman data Google Street View.

Bagas dari Wonogiri, Jawa Tengah, berkongsi kisah lucu itu di TikTok yang menunjukkan dia terpaksa berhenti di belakang HR-V tersebut.

Tanpa mengetahui sebab berhenti, dia dan pemandu HR-V di depan masing-masing terpaksa mengundurkan kenderaan masing-masing. Ini kerana laluan itu tiada ruang untuk membuat pusingan balik. Beberapa netizen yang menonton klip video itu turut berkongsi cerit juga pernah sesat gara-gara mengikuti arahan perjalanan menggunakan Google Maps.

Salah seorang netizen berkata;

Sama nasib, aku pernah guna Google Maps tapi sesat masuk ke kawasan taman. Sekarang tak guna lagi Google Maps kerana bimbang tersesat masuk dalam sungai.”

Seorang lagi netizen memberitahu pernah sesat beberapa kali dan rasa seperti mahu menangis apabila sering tersesat dibawa ke hutan dan ladang tanaman tebu. Ada juga mendakwa aplikasi navigasi itu pernah membawanya dengan memberikan laluan merentas sebatang sungai tanpa jambatan.

Netizen lain menasihatkan supaya menaik taraf versi terbaharu Google Maps dan jika ragu-ragu, jangan ikut arahan navigasi berkenaan.

BACA >>> Perlukah Ambil Kira Faktor Jenama Sebelum Beli Kereta Baharu?
BACA >>> Angkara Google Maps, Pengantin Lelaki Silap Hantar Hantaran ke Rumah Orang Bertunang
BACA >>> Semua Kenderaan Ford Akan Guna Sistem Operasi Google Menjelang 2023

SUMBER: Liputan6

Related

647
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bagas Ekatama Hernawan, Google Street View, Indonesia, Roda4, Sesat Ikut Google Maps

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my