YAMAHA Motor Thailand baru-baru ini memperkenalkan naked bike Yamaha MT-03 Dark Blast (2022) yang hadir dengan seragam baharu lebih menarik pada harga 196,500 baht (RM23,910).
Menerusu rekabentuk unik MT-Series, model ini dilengkapi ciri canggih seperti berikut:
- Tiada perubahan rekabentuk, masih mengekalkan gaya khas MT-Series dengan rekaan agresif, terutama pada kowl tangki minyak.
- Model baharu ini menampilkan kombinasi kelabu dan grafik warna sian pada tangki minyak dan rim. Juga ada varian serba hitam yang nampak cukup agresif.
- Enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 321cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 40hp @ 10750rpm, dan tork 29Nm @ 9000rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Kapasiti tangki petrol 14 liter. Berat kerb 169kg. Tinggi pelana 780mm.
- Sistem lampu LED penuh, dan panel meter digital penuh.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB 37mm dengan travel 130mm di depan, dan monoshock boleh laras prabeban 7-tetapan dengan travel 124mm (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 298mm di depan, dan 220mm di belakang. Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Tayar 110/70 R17 (depan), dan 140/70 R17 (belakang)
SUMBER: YamahaMotorThailand
Leave a Reply