SELEPAS penantian beberapa bulan, Modenas melancarkan siri model motosikal 250cc terdiri daripada Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS yang patuh piawaian emisi Euro4.
Selain pengenalan tiga produk pemasangan tempatan (CKD) itu, Modenas turut membuat kejutan dengan mempamerkan empat model versi import (CBU) berkapasiti satu liter, iaitu Ninja ZX-10, Ninja 1000 SX, Versys 1000 SE dan Z900 RS.
BACA >>> Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik
Berikut perincian siri sportbike Ninja 250 dan naked bike Z250:
WARNA
- Ninja 250 ABS: Metallic Matte Graphite Gray (kelabu, liveri coklat), Metallic Carbon Gray (kelabu gelap)
- Ninja 250: Metallic Carbon Grey (kelabu gelap)
- Z250 ABS: Metallic Spark Black (hitam berkilat), Candy Cardinal Red (merah)
HARGA
- Ninja 250 ABS - RM20,500
- Ninja 250 - RM18,900
- Z250 ABS - RM19,500
* Harga runcit atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
BACA >>> Modenas Kriss Tukar Status Jadi Euro4, Tahun Depan!
BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
SPESIFIKASI
- Enjin 4-lejang 4-injap dwisilinder 249cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 36.9hp @ 12,500rpm dan tork 23Nm @ 10,000rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
- Sistem lampu depan dan lampu belakang LED.
- Casis keluli kekuatan tinggi.
- Suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock (belakang).
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 (depan), dan 140/70 (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 286mm (depan), dan 193mm (belakang).
- Kapasiti tangki minyak 14 liter.
- Semua model berkongsi dimensi panjang 1,990mm, jarak roda 1.370mm, jarak lega bumi 145mm, dan tinggi pelana 795mm kecuali Z250 ABS dengan lebar 800mm, dan tinggi 1,060mm.
- Siri Ninja memiliki ukuran lebar 710mm, dan tinggi 1,125mm.
- Berat Ninja 250 dan Z250 ABS ialah 165kg, manakala Ninja 250 ABS 167kg.
BACA >>> Sah! Modenas Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan
MODENAS NINJA 250 ABS
MODENAS NINJA 250 STANDARD
MODENAS Z250 ABS
Leave a Reply