GARA-gara dilarang menggunakan motosikal, seorang pemuda tergamak mengacukan pisau dan mengugut mahu membunuh ibu sendiri di rumah mereka di Bandar Perdana, Sungai Petani, semalam.
Dalam insiden jam 2 petang itu, suspek berusia 20 tahun baru saja pulang selepas tiga hari keluar rumah.
Menurut polis, suspek kemudian mahu keluar sekali lagi dengan meminta mahu menggunakan motosikal milik ibunya. Namun, ibu suspek, yang berusia lingkungan 40-an, tidak mengizinkan anaknya itu menggunakan motosikal tersebut.
Suspek tiba-tiba naik angin dan mengamuk hingga mengambil pisau serta mengugut mahu membunuh ibu dan adik-beradiknya di rumah. Mangsa kemudian menghubungi polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.
Bertindak atas maklumat berkenaan, anggota unit peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.
Berdasarkan siasatan awal, suspek yang bekerja kilang tiada rekod jenayah, tetapi ujian saringan air kencing mengesahkan suspek positif metamfetamin. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
BACA>>> Hyundai IONIQ 6 Diperkenal dengan Rekabentuk Jauh Berbeza daripada IONIQ 5!
BACA>>> Hampir Pengsan Dapat Tahu Kena Saman Parkir RM30j!
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply