• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Selepas 1,000 Tahun, 'Pokok Terowong' di AS Tumbang Menyembah Bumi Akibat Ribut

Selepas 1,000 Tahun, 'Pokok Terowong' di AS Tumbang Menyembah Bumi Akibat Ribut

January 15, 2017 By Han Othman Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBATANG pokok gergasi di Amerika Syarikat (AS) dengan teras berupa terowong yang boleh dilalui manusia dan kereta tumbang menyembah bumi pada Ahad minggu lepas akibat ribut musim sejuk.

Pokok Pioneer Cabin tumbuh di Taman Negara Calaveras Big Trees dekat California dan menjadi tumpuan pelancong sejak 1880 lagi. Sebenarnya terowong di bawah teras pokok itu bukanlah semula jadi, tetapi sengaja dilubangkan si pemiliknya dengan harapan kawasan itu menjadi masyhur dan dikenali ramai hingga dikritik tokoh pencinta alam sekitar AS pada era itu, John Muir.

TARIKAN PELANCONGAN ZAMAN BERZAMAN

pokok-pioneer-cabin-1

Namun, kritikan tinggal kritikan dan pokok Pioneer Cabin menjadi laluan ribuan pengguna sejak zaman berzaman daripada era kenderaan berkuda hingga jentera bermotor.

Pada 1931, tanah sekitar pokok itu diisytiharkan sebagai Taman Negara, di mana pokok Pioneer Cabin, yang juga dikenali sebagai Pokok Terowong, menjadi antara objek tumpuan utama di tempat tarikan pelancong tersebut.

Bagaimanapun, faktanya pokok legenda itu sebenarnya sudah tidak sihat atau segagah dulu dan cuaca buruk yang berlaku cuma mempercepatkan lagi proses tumbangnya pokok berkenaan.

Menurut akhbar The Huffington Post, brosur di Taman Negara itu ada menyebut;

...disebabkan potongan besar, pokok ini tidak lagi mampu menyokong pertumbuhan di atas, di mana anda dapat lihat ia tumbang ke tanah jika anda berjalan melalui terowong ini."

Namun, walaupun kehilangan pokok ikonik itu, Taman Negara Calavares Big Tree masih menjadi rumah kepada ratusan pokok seperti itu - Sierra Redwoods - yang tumbuh meliar di sekita kawasan tersebut. Bezanya, anda tidak boleh lagi memandu melalui batang pokok berkenaan.

Berikut ialah gambar Pokok Pioneer Cabin yang sudah tumbang.

pokok-pioneer-cabin-2
pokok-pioneer-cabin-4
pokok-pioneer-cabin-3

SUMBER: Road and Track

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, California, John Muir, pokok gergasi, Pokok Pioneer Cabin, pokok terowong, Sierra Redwoods, Taman Negara Calaveras Big Trees

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev