JIKA disebut mengenai skuter dari Taiwan, ramai peminat sudah sinonim dengan SYM dan Kymco. Sebenarnya, ada satu lagi pengeluar skuter di negara itu yang menawarkan produk sama sejak sedekad lalu.
Pengeluar itu ialah PGO yang bermula dengan bisnes pembuatan basikal sejak 1965 sebelum meneroka segmen skuter. PGO baru-baru ini mengumumkan tawaran skuter maksi Tigra 250 (2022) yang hadir dengan beberapa perubahan.
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu
Berikut perinciannya:
- Dua pilihan warna, putih dan biru-kelabu.
- Harga jualan 148,000 TWD (RM22,020).
- Didatangkan dengan trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 251.3cc DOHC penyejukan udara berkuasa 25.1hp @ 8,000rpm dan tork 24.5Nm @ 6,750rpm.
- Transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
- Sebelum ini, PGO pernah menawarkan Tigra 150cc pada 2019 dan 200cc setahun kemudian.
- Frem jenis double cradle yang dihubungkan pada fork teleskopik konvensional dengan sistem monoshock condong.
- Sistem brek cakera tunggal 267mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper dwi-piston (belakang) serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran buatan Bosch.
- Ada ciri tambahan seperti Signal Henti Kecemasan (ESS).
- Tiada ciri Sistem Kawalan Traksi (TCS).
- Sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, signal belok, lampu siang (DRL) dan lampu belakang.
- Visor angin lebih tinggi dan dilengkapi panel meter LCD digital besar.
- Ada sambungan soket USB Type- A dan soket 12V.
- Ruang bawah pelana mampu memuattkan satu helmet muka penuh.
- Masih kekal dengan sistem kunci mekanikal.
- Rim aloi 13 inci dengan tayar 120/70-13 (depan), 140/70-13 (belakang).
- Kapasiti tangki minyak 8 liter, berat skuter 159kg.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Kymco K Rider 400 (2022) dengan Enjin Kawasaki Muncul di Taiwan, Harga RM23k!
Leave a Reply