• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Carnival (2022) Versi CKD dari Kilang Inokom Bakal Lancar, Kini dengan ADAS

Kia Carnival (2022) Versi CKD dari Kilang Inokom Bakal Lancar, Kini dengan ADAS

July 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Malaysia kini sudah memulakan penghasilan model pertama jenama itu, Carnival di kilang Inokom di Kulim, Kedah sebagai unit pemasangan tempatan (CKD), hasil usahasama Kia Corporation dan Bermaz Auto Berhad (BAuto).

BACA >>> #PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

Carnival (2022) versi CKD itu akan dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan tidak lama lagi dalam dua pilihan konfigurasi, iaitu 7- dan 8-kerusi. Berikut fakta diketahui setakat ini:

  • Dijana enjindiesel 2.2L Turbo berkuasa 199hp dan tork 440Nm, manakala transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Menerima gaya premium dan teknologi canggih dengan pengalaman pemanduan menakjubkan untuk pemandu dan penumpang.
  • Kerusi depan dan belakang disertakan fungsi pemanas dan penyejuk, serta kerusi Premium Relaxion untuk tempat duduk baris kedua boleh direbahkan penuh.
  • Sistem audio 12 unit pembesar suara Bose.
  • Ruang kabin diserikan lampu ambien dan unit infotainmen 12.3 inci.
  • Tambahan lain, pintu gelangsar pintar dan but kuasa belakang pintar.
  • Ciri keselamatan dipertingkat dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) sebagai ciri standard, terdiri daripada:
    • Bantuan Cegah Perlanggaran Depan (FCAA) dengan Bantuan Belok Selekoh (FCA)
    • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
    • Bantuan Ikut Lorong (LFA)
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Bantuan Cegah Rempuhan Titik Buta (BCA)
    • Bantuan Lampu Tinggi (HBA)
    • Bantuan Keluar Selamat (SEA)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Asia Pacific, Ted Lee berkata;

Pengeluaran Carnival dalam bentuk CKD adalah pencapaian penting Kia di Malaysia. Kami menyambut baik ketibaan model pertama pengeluaran tempatan Kia di kilang Inokom untuk pasaran Malaysia dan Asean.

“Carnival menandakan permulaan baharu jenama Kia yang memaparkan semua pencapaian penting produk kami, rekabentuk superior, teknologi pintar dan pengalaman pemanduan impresif.”

Pengarah Urusan Dinamikjaya Motors, Datuk Wong Kin Foo berkata;

Maklum balas pelanggan terhadap model import (CBU) Carnival varian 11-kerusi yang dilancarkan sejak Januari lalu amat memberangsangkan. Kami yakin pelanggan pasti memberikan maklum balas sama dengan ketibaan Carnival CKD. Kami percaya kepelbagai pilihan model CKD akan memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan dalam segmen MPV moden dan mewah.”

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kia Carnival, Kia Malaysia, MPV, MPV Mewah, MPV Premium, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev