• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Tular Kereta Peronda Polis Disyaki Terima Suapan

Video Tular Kereta Peronda Polis Disyaki Terima Suapan

July 22, 2022 By Farah Leave a Comment

691
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR di media sosial rakaman sebuah kereta peronda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki menerima suapan daripada seorang lelaki berdekatan sebuah stesen minyak di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam rakaman itu, tertera maklumat sebuah kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux memasuki sebuah stesen minyak.

@stickerpro_my Tiktok pls dont delete this again 😉, repost punyer... #fyp #tiktokmalaysia #peaceandlove #viral #malaysiaroar ♬ Ambition For Cash - Key Glock

Anehnya, terdapat sebuah kereta peronda polis sedang menunggu di tepi stesen minyak tersebut. Tidak lama kemudian, pemandu Hilux itu dilihat keluar dari stesen minyak, menuju ke arah kereta peronda polis berkenaan tersebut seakan memberikan sesuatu daripada dompetnya, termasuk berbual.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor mengeluarkan kenyataan polis kini sedang cuba mengesan pemilik akaun TikTok, stickerpro_my yang memuat naik klip video tersebut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

294021663_420190393468390_5579136635953687858_n
294152193_420190426801720_6091840088884126747_n

Hasil siatan dan penelitian awal mendapati  klip video berkenaan mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala pusat bandar.

"Usaha mengesan dan mengambil keterangan pemilik TikTok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

"Pihak polis menyeru pemilik akaun TikTok dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian berserta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan tampil ke hadapan," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.

BACA>>> Dah Kemalangan Baru Nyalakan 'Signal', Rider Maut Angkara Viva U-Turn Melulu
BACA>>> Brek Rosak Punca Lori Tangki Terbalik Hempap BMW, Jalan Sesak Dua Jam di Banting

Related

691
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hilux, kereta peronda polis, kereta polis, Makan Suap, PDRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rasuah, TikTok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev