• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Bangunkan Motosikal RE-EV Pertama dengan Bateri Boleh Tanggal, Tukar

Malaysia Bangunkan Motosikal RE-EV Pertama dengan Bateri Boleh Tanggal, Tukar

July 22, 2022 By Aryon Leave a Comment

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AGENSI penyelidikan dan pembangunan tempatan, Mimos Berhad membangunkan motosikal Kenderaan Elektrik Julat Dilanjutkan (Range Extended Electric Vehicle, RE-EV) dengan kerjasama Modenas dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Mimos, dalam kenyataan semalam memaklumkan projek RE-EV adalah inisiatif Kerajaan dalam Program Pembangunan Produk Komples dan Nilai Tambah Tinggi (HVA).

BACA >>> Kawasaki Ninja E1: Motosikal Elektrik dengan Kotak Gear Ini Mampu Hasilkan 60hp?

Projek RE-EV itu mengambil masa dua tahun yang disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan.

Jika dibandingkan EV hibrid yang menggunakan ICE dan motor elektrik sebagai trenpacu, sistem RE-EV lebih ringkas kerana tidak memerlukan rantai pacu untuk memutar roda, sekali gus mengurangkan kerisauan penunggang ketika menunggang jarak jauh.

Ini kerana genset diaktifkan apabila tenaga bateri sedia ada menurun bawah tahap tertentu. Motosikal RE-EV yang disempurnakan bulan lalu itu menggunakan bateri boleh tanggal yang menyokong penukaran bateri.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS, Dr Iskandar Samad berkata, pembangunan motosikal RE-EV dapat menjadi pendorong utama industri kenderaan dua roda yang bukan saja pasaran domestik, tetapi juga serantau.

BACA >>> Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik
BACA >>> Sah! Modenas Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan

SUMBER: Bernama

Related

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Modenas, motosikal elektrik, Projek RE-EV, Range Extended Electric Vehicle (RE-EV), roda2, UniMAP, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev