• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Civic Type R Hilang di Genting Sudah Jumpa!

Civic Type R Hilang di Genting Sudah Jumpa!

July 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic Type R milik seorang warga Singapura yang dicuri di parkir Genting Highlands sudahpun dijumpai. Supercar itu dilaporkan hilang di parkir kereta SkyAvenue di pusat peranginan tersebut pada 16 Julai lalu dan dijumpai di sebuah kondominium di Sepang, Selangor, kelmarin.

Kereta itu dilaporkan ditampal pelbagai pelekat lumba, manakala nombor pendaftaran Singapura ditukar kepada plat Malaysia supaya tidak dikesan pihak berkuasa. Warna juga ditukar daripada hitam kepada putih di beberapa bahagian badan, tetapi bampar depan kekal hitam.

BACA >>> Honda Civic Type R (2019) Hilang Di Genting Highlands, Netizen Dakwa Kalah Judi?
BACA >>> Siapa Cakap Gadai Kereta Sebab Kalah Judi? Pemilik Civic Type R Jawab Tuduhan Netizen

Menurut China Press, kelibat Civic Type R dengan pelekat lumba disedari seorang pengawal keselamatan di kondominium itu yang nampak mencurigakan memasuki kediaman mewah itu sekitar jam 6 pagi pada 16 Julai lalu, iaitu hari sama dilaporkan hilang. Malah bentuk dan warna kereta juga sama seperti kereta dilaporkan dicuri.

Justeru pengawal keselamatan memutuskan menghubungi polis.

Polis yang tiba di kondominium kemudian mengesahkan itu kereta yang dicuri, dan turut mengucapkan penghargaan kepada pengawal keselamatan tersebut atas bantuan diberikan dalam menyelesaikan kes berkenaan.

Pemilik kenderaan, Damien Yeo mendakwa pemeriksaan awal menunjukkan pencuri sudah menukar rim 18 inci, termasuk menanggalkan unit infotainmen dan kamera dalam kereta. Dia juga mengatakan akan menghantar keretanya itu ke bengkel di Singapura untuk pemeriksaan lanjut dan dipulihkan seperti kondisi asal.

Paling penting, saya mahu ucapkan terima kasih kepada Polis Malaysia dan pegawai yang mengendalikan kes ini kerana menjumpai semula kereta kesayangan saya," katanya.

Bagaimanapun, laporan tidak mendedahkan ada penahanan dibuat terhadap suspek.

BACA >>> Dua Prototaip Honda Civic Type R (2023) Jalani Ujian di Lebuh Raya Jepun
BACA >>> #PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

SUMBER: Mothership.sg

Related

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Genting Highlands, Honda Civic Type R, Honda Civic Type R Hilang di Genting, Kes Curi Kereta, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my