PERODUA turut menawarkan pakej akseori Gear Up untuk model Alza (2022) serba baharu, terdiri daripada kit badan dan pelbagai kemasan dalaman.
Malah pembeli Alza (2022) juga ditawarkan pelan pembiayaan untuk Gear Up dengan waranti setahun tertakluk terma dan syarat.
BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?
Aksesori Gear Up memiliki keistimewaan tersendiri berbanding barangan aftermarket kerana produk dihasilkan menjalani ujian kualiti yang ketat menerusi kajian dan pembangunan (R&D) serta dipasang kakitangan Perodua terlatih.
GAYA
Kit Badan Prime
Gaya luaran kenderaan pelbagai guna (MPV) melibatkan tiga komponen utama, iaitu:
- Kit bampar depan
- Kit bampar belakang
- Spoiler belakang
HARGA: RM2,500 (Malaysia Barat), RM2,553 (Malaysia Timur).
Sarung Tempat Duduk Prime
Aksesori ini menggunakan kemasa dwi-tona dengan sulaman benang merah, material PVC lembut yang tahan dan mudah dibersihkan. Juga ada ada poket simpanan.
HARGA: RM1,000 (Malaysia Barat), RM1,018 (Malaysia Timur).
Pilihan Tambahan Aksesori
- Plat Scuff LED: RM300 (Malaysia Barat), RM305 (Malaysia Timur)
- Pencahayaan lantai: RM250 (Malaysia Barat), RM255 (Malaysia Timur)
- Karpet: RM200 (Malaysia Barat), RM205 (Malaysia Timur)
- Visor Pintu: RM160 (Malaysia Barat), RM163 (Malaysia Timur)
- Insulator Bonet: RM80 (Malaysia Barat), RM82 (Malaysia Timur)
- Bekas bagasi: RM80 (Malaysia Barat), RM82 (Malaysia Timur)
- Pelapik bagasi: RM75 (Malaysia Barat), RM77 (Malaysia Timur)
- Kotak susun barang: RM37 (Malaysia Barat), RM38 (Malaysia Timur)
BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
KESELAMATAN DAN SEKURITI
Perakam Video Digital (DVR)
- Menawarkan tontonan langsung menerusi telefon pintar (menggunakan WiFi) dengan resolusi definisi penuh (HD) 1080p (2.0MP).
- Mampu merakam audio, video dan foto pegun dengan fungsi rakaman kualiti tinggi pada malam dengan ciri Night Vision. Rakaman dibuat automatik.
HARGA: RM500 (Malaysia Barat), RM508 (Malaysia Timur)
Kerusi Kanak-Kanak
- Sesuai untuk bayi berumur hingga 12 bulan, dan kanak-kanak hingga 4 tahun dengan pautan ISOFIX dan boleh pusing 360º.
- Mendapat pensijilan ECE R44/04 dan ditawarkan dalam dua warna pilihan, biru dan kelabu.
HARGA: RM680 (Malaysia Barat), RM695 (Malaysia Timur)
Aksesori lain
- Nat Kunci Rim : RM200 (Malaysia Barat), RM204 (Malaysia Timur)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) Pintar: RM430 (Malaysia Barat), RM439 (Malaysia Timur)
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Lebih 30k Unit Tempahan, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!
PAKEJ UTILITI
Ada tiga aksesori: bekas bagasi (luggage tray), visor pintu dan karpet. Harga: RM390 (Malaysia Barat), RM398 (Malaysia Timur)
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
BACA >>> Perodua Dedah Strategi Langsaikan 'Hutang' 243k Kereta Pelanggan
BACA >>> Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
Leave a Reply