• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jaket Sangkut Sproket Ketika Bonceng, Tangan Hancur Celah Rim

Jaket Sangkut Sproket Ketika Bonceng, Tangan Hancur Celah Rim

July 20, 2022 By Farah Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-GARA sehelai jaket, tangan kiri seorang anggota tentera hancur dan nyaris putus akibat tersangkut di celahan rim motosikal dinaikinya di depan Hospital Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Tampin, pagi semalam.

Mangsa berusia 37 tahun itu dan bertugas di Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di Kem Syed Sirajuddin . Dalam insiden kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa membonceng seorang rakan sekerja untuk menghadiri latihan jasmani.

Nahas berlaku apabila jaket dipakai mangsa tersangkut pada sproket motosikal jenis Yamaha Y15ZR dinaiki, sekali gus menyebabkan baju terbelit hingga dia terjatuh dan tangan kiri termasuk ke dalam celahan rim tayar.

Insiden itu membuatkan mangsa terpaksa menahan sakit sebelum dibantu pasukan penyelamat dalam usaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

Selain tangan kiri mangsa hancur, mangsa turut patah kaki kiri, manakala rakannya yang menunggang motosikal tidak mengalami kecederaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Penunggang Maut Digilis, Mayat Tersekat Pada Tayar Myvi
BACA>>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k

SUMBER: SinarHarian

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: jaket masuk rim, kemalangan, pembonceng, Penunggang Motosikal, Rim Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my