• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Guru Maut Pergi Mengajar, Dirempuh Almera Masuk Laluan Bertentangan

Guru Maut Pergi Mengajar, Dirempuh Almera Masuk Laluan Bertentangan

July 20, 2022 By Farah Leave a Comment

849
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG guru sekolah rendah maut apabila Perodua Bezza dipandunya dirempuh sebuah Nissan Almera dari arah depan di KM31 Jalan Kuala Nerang-Kampung Sungai Kap, Padang Terap, Kedah, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dan juga guru Sekolah Kebangsaan Nami meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Menurut siasatan awal polis, Almera dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang wanita dipercayai masuk ke laluan bertentangan, dan bertembung dengan Bezza mangsa.

Lokasi kejadian ialah jalan lurus dua hala dan Almera dipandu lelaki berusia 25 tahun dikatakan memasuki laluan Bezza dipandu guru tersebut. Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan ke sekolah untuk mengajar.

Sementara itu, pemandu Almera dilaporkan mengalami pendarahan dalam perut dan sedang dirawat di HSB, manakala penumpang wanita berusia 19 tahun dirawat di Hospital Kuala Nerang (HKN) akibat cedera kaki. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA>>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
BACA>>> Penunggang Maut Digilis, Mayat Tersekat Pada Tayar Myvi

SUMBER: BHOnline

Related

849
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bezza, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Nissan Almera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my