• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Maut Tersekat dalam Tayar Myvi

Penunggang Maut Tersekat dalam Tayar Myvi

July 20, 2022 By Farah Leave a Comment

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penunggang motosikal maut selepas digilis Perodua Myvi dipandu warga emas di KM58, Jalan Jementah-Muar, Segamat, Johor petang semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, yang berusia 40-an, tersepit pada tayar belakang belakang Myvi tersebut, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut polis pemandu Myvi berusia 80-an itu sedang perjalanan dari Jementah menghala Segamat. Di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai keluar secara tiba-tiba ke laluan kereta berkenaan. Mangsa tidak sempat mengelak hingga merempuh belakang kiri Myvi itu sebelum terjatuh, terseret dan tersangkut di celahan tayar belakang.

Mayat mangsa dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tampil membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Angkat Jadi Ikon Permotoran Negara, Ini Penjelasan Haqiem Stopa
BACA>>> Siapa Cakap Gadai Kereta Sebab Kalah Judi? Pemilik Civic Type R Jawab Tuduhan Netizen

kemalangan-segamat-1
kemalangan-segamat-2

SUMBER: Utusan

Related

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Myvi, Penunggang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev