HAQIEM Stopa tampil mengakui kesalahan memandu kereta tanpa lesen dan kini menanggung kesan akibat perbuatannya.
Sejak semalam, media sosial dipenuhi berita mengenai seorang ‘influencer’ yang dikenakan saman polis gara-gara memandu tanpa memiliki lesen.
BACA >>> Haqiem Stopa Kena Saman Memandu Tanpa Lesen
BACA >>> Haqiem Stopa: "Nak G Buat Lesen Byee!!!"
Berkongsi kisah kepada Harian Metro, pemuda berumur 22 tahun itu menyatakan dia ditahan ketika memandu kereta dan bukannya disaman kerana tiada tiada lesen motosikal.
Jelasnya, hanya satu notis saman bernilai RM600 dikeluarkan untuk dua kesalahan dan bukannya tinggi seperti didakwa beberapa netizen.
BACA >>> JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?
Haqiem berkata:
"Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.
"Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.
"Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah.”
BACA >>> JPJ, Polis Nafi Beri Diskaun Saman 50 Peratus!
SIAPA VIRAL FOTO SAMAN?
Apa yang membuatkan Haqiem kesal ialah foto dengan notis saman yang memaparkan peribadinya jadi tular.
Kata Haqiem:
"Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu.
"Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.
"Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.
"Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan.”
Jelas pemuda itu, hanya adik-beradiknya tahu mengenai kes itu setakat kelmarin kerana dia cuba merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan ibu bapa.
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Haqiem menyatakan:
"Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jenayah berat seperti dadah.
"Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.
"Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti.
"Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana.”
BACA >>> Kronologi Impak Covid-19 Terhadap Industri Automotif dan Sukan Permotoran
BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> Polis Siasat Mat Rempit Superbike Buat Wheelie, Tunggang Lebih 285kmj
SUMBER: Harian Metro
Leave a Reply