• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Perodua Axia 2017 Dibuka, Model Axia 1.0 Terima Enjin Baharu

Tempahan Perodua Axia 2017 Dibuka, Model Axia 1.0 Terima Enjin Baharu

January 13, 2017 By Abang GYL 1 Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

perodua axia faceliftBERMULA hari ini, tempahan bagi model Perodua Axia 2017 sudah dibuka. Bagaimanapun, tarikh pelancaran dan harga tidak didedahkan.

Berdasarkan beberapa info diterima, Perodua Axia 2017 bakal dilancarkan 20 Januari depan bersempena karnival MYPerodua Nation di Aeon Mall Shah Alam.

Perodua juga telah menyiarkan beberapa teaser termasuk brosur Axia facelift di laman facebook MYPerodua.

Perodua Axia 2017Berdasarkan brosur berkenaan, Perodua Axia 2017 bakal menampilkan beberapa ciri baharu berbanding model sedia ada, seperti:

  • Set lampu depan dan bampar baharu (seakan Honda Jazz)
  • Enjin VVT-i baharu yang sama digunakan Bezza 1.0
  • Punat tekan-mula
  • Pemain DVD berserta navigasi dengan integrasi telefon pintar-sistem infotainment, MirrorLink(Advance sahaja)
  • But belakang dengan hendal pintu
  • Warna Cherry Blossom (merah) dan Lemon Grass Green (hijau) dihentikan pengeluaran.

BACA >>> Inilah Rupa Perodua Axia Facelift, Ada Punat Tekan-Mula dan MirrorLink?

Perodua Axia faceliftHARGA

Berkenaan isu harga, kami masih belum menerima sebarang maklumat. Tetapi dikhabarkan harga Perodua Axia 2017 meningkat antara RM1,000 dan RM2,000 bergantung kepada jenis varian.

Turut dimaklumkan ialah model lama Axia sudah tidak dikeluarkan lagi untuk tahun ini dan apa yang tinggal ialah model tahun lalu, 2016. Ini bermakna, pembelian model tahun ini adalah membabitkan model facelift sahaja.

BACA >>> Berapa Liter Minyak Rizab Dalam Tangki? Berapa Jauh Pula Kereta Boleh Bergerak?

Perodua Axia 2017

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: axia, Perodua Axia 2017, Perodua Axia facelift, tempahan perodua axia 2017

Comments

  1. AZMARIADI BIN AB AZIZ says

    January 1, 2018 at 8:06 PM

    Si 1565 jln sg 13 taman seri gamelan kuala sungai baru melaka

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev