• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DBKL Arah Pemilik Alih Kenderaan Tersadai dalam 14 Hari, atau Kena Tunda, Lupus!

DBKL Arah Pemilik Alih Kenderaan Tersadai dalam 14 Hari, atau Kena Tunda, Lupus!

July 19, 2022 By Farah Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggesa semua pemilik kenderaan tersadai di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota untuk mengalihkan kenderaan dalam tempoh 14 hari.

Jika ingkar atau gagal mengikut arahan, kereta milik mereka bakal berdepan tindakan ditunda dan dilupuskan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, tindakan itu akan dilaksanakan mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Penguatkuasaan (JPK) bagi menyelesaikan aduan diterima mengenai kenderaan tersadai dan usang yang diparkir di kawasan kediaman tersebut.

JPKKB bertanggungjawab menyediakan senarai kenderaan usang yang tersadai di lot tempat letak kereta PPR atau PA DBKL, dan dipanjangkan kepada JPK untuk tindakan selanjutnya.

"JPK akan melakukan tindakan tunda terhadap pemilik kenderaan yang ingkar selepas Notis Penguatkuasaan dikeluarkan supaya kenderaan dialihkan dalam tempoh tiga, tujuh atau 14 hari daripada tarikh notis," katanya.

Justeru kenderaan yang tidak dialih akan ditunda dan dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan DBKL di Taman Connaught. Pemilik kemudian menerima Notis Pemakluman kenderaan milik mereka sudah ditunda DBKL.

Bagaimanapun, jika kenderaan masih tidak dituntut pemilik selepas tamat tempoh Notis Pemakluman, kenderaan itu akan disyorkan untuk proses pelupusan. DBKL turut memaklumkan sepanjang 2021, sebanyak 1,346 kenderaan buruk atau tersadai di sekitar Kuala Lumpur sudah ditunda.

Pada Januari hingga April tahun ini pula, angka kenderaan ditunda adalah sebanyak 129 unit.

BACA>>> 20 Kereta Tersadai Selepas Isi Minyak, Petronas Tampil Mohon Maaf
BACA>>> #TahukahAnda: 6 Perkara Pemandu Silap Hingga Tak Sedar Kos Sara Kereta Bertambah

SUMBER: Harian Metro

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kereta Tersadai, Kereta Usang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my