• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Type R (2019) Hilang Di Genting Highlands, Netizen Dakwa Kalah Judi?

Honda Civic Type R (2019) Hilang Di Genting Highlands, Netizen Dakwa Kalah Judi?

July 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

578
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH Honda Civic Type R (2019) milik pelancong Singapura didakwa hilang di lot parkir SkyAvenue di Genting Highlands.

Berdasarkan laporan, pemilik kereta itu, Damien Yeo berusia 28 tahun memberitahu portal AsiaOne bahawa dia memandu Civic Type R itu ke Genting Highlands bersama teman wanita dan dua rakan untuk bercuti.

Netizen Komen Honda Civic Kena Curi - 0
Netizen Komen Honda Civic Kena Curi - 1

Satu laporan polis dibuat mendakwa kereta itu diparkir dengan keadaan dikunci di lot parkir SkyAvenue sekitar pukul 12.40 tengah hari 15 Julai 2022 (Jumaat).

Keesokan hari iaitu sekitar pukul 6 petang, pengadu mendakwa Honda Civic Type R itu tiada di tempat parkir. Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta itu sudah meninggalkan premis tersebut kira-kira pukul 2.43 pagi, 16 Julai 2022 (Sabtu).

BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong
BACA >>> Kereta Polis Honda Civic Type R Hanya untuk Cubaan Pandu Uji Saja, Belum Sahih lagi!

Damien Yeo berkata:

Aku duk habiskan masa hampir dua jam periksa tempat letak kereta, berulang kali.”

Selepas mendapat kepastian dengan pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan bahawa kereta itu tiada di premis tersebut, lelaki itu membuat laporan polis.

Damien dan kawan-kawan menetap di Genting sehingga tengah hari Ahad dengan harapan menerima berita gembira dari pihak berkuasa Malaysia (Polis Diraja Malaysia).

Malangnya, dia terpaksa menumpang kereta kawannya untuk balik ke Singapura pada malam hari sama (Ahad).

Lelaki itu mendakwa Honda miliknya berharga kira-kira S$220,000 (RM701,600) dan ada individu berminat menawarkan nilai sama untuk pembelian kereta itu kira-kira dua minggu lalu.

Damien dikatakan ada berkongsi foto kereta Honda Civic itu menerusi beberapa grup Facebook sebagai usaha meluaskan carian kereta hilang.

BACA >>> Honda Civic Type-R Sport Line yang Lebih Sopan-Santun

Kisah kehilangan itu turut dikongsi menerusi Facebook SG Road Vigilante yang menerima 1,500 reaksi dan hampir 1,000 komen.

Damien mengakui tidak meletakkan harapan tinggi untuk kereta itu ditemui semula berdasarkan ‘pengalaman orang lain’. Dia juga tidak pasti sama ada layak membuat sebarang tuntutan insurans berhubung kehilangan Civic Type R itu.

TEORI NETIZEN

Ramai netizen meninggalkan komen di Facebook SG Road Vigilante dengan dakwaan mungkin Honda Civic tersebut dijadikan bayaran hutang akibat kalah judi. Ini antara komen yang ditinggalkan:

Netizen Komen Honda Civic Kena Curi - 0
Netizen Komen Honda Civic Kena Curi - 1
Netizen Komen Honda Civic Kena Curi - 2
Netizen Komen Honda Civic Kena Curi - 3

BACA >>> Mexico Dedah Mazda3 Turbo Hatchback, Tork Lebih Tinggi daripada Honda Civic Type R
BACA >>> Spoon Hasilkan Bampar Depan Aero untuk Honda Civic Type R FK8
BACA >>> Honda Malaysia Tayang Civic Type R Mugen, Not For Sale!

SUMBER: AsiaOne | MotherShip | Facebook SG Road Vigilante

Related

578
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Civic Type R Kena Curi, Damien Yeo, Genting Highlands, Honda Civic Type R (2019), Kes Curi Honda Civic, Pelancong Singapura Hilang Civic Type R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev