PIAGGIO memperkenalkan skuter tiga roda My Mover (2023) yang direka khas sebagai kenderaan kiriman barang di Jepun pada harga bermula 913,000 yen (RM29,410).
Skuter buatan Itali itu direka cukup kestabilan dengan menawarkan pengalaman tunggangan natural menerusi mekanisme condong untuk membantu penunggang membelok selamat.
BACA >>> Kymco Lancar Skuter Tiga Roda Pertama, CV3 (2021)
BACA >>> Komaki XGT X5 - Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India
Berikut perincian My Mover (2022):
- Dilengkapi kotak barang belakang 261 liter.
- Ada rak depan yang mampu menampung muatan barang hingga 20kg.
- Beg kargo bawah hendal boleh mengisi barang 5kg.
- Tayar memiliki kontak sentuhan lebih luas atas permukaan jalan dan lebih stabil ketika melalui permukaan tidak rata.
- Dijana trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 124cc SOHC penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 10.7hp @ 8,750rpm dan tork 10Nm @ 5,250rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT.
- Frem paip keluli. Dimensi panjang 2,155mm, lebar 795mm, tinggi 1,690mm.
- Jarak roda 1,380mm dan tinggi pelana 760mm.
BACA >>> Skuter EV dari China, Sunra Miku Super (2022) Lancar di Eropah, Harga RM20k!
- Kapasiti tangki minyak 10 liter dan berat 200kg.
- Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal 240mm di depan, manakala dua roda belakang turut menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 200mm.
- Rim depan 16 inci dengan tayar 90/80, dan rim belakang 12 inci dengan tayar 90/90.
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> Manila Lulus Pengadang Galas untuk Penunggang e-Hailing Filipina
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Menunggang Betul Motosikal Ada 'Box'?
Leave a Reply