• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Jupiter Finn (2022) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM5.2k!

Yamaha Jupiter Finn (2022) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM5.2k!

July 18, 2022 By Shawkath 1 Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Vietnam baru-baru ini melancarkan model baharu, Jupiter Finn yang diimport dari Thailand. Maklumat mengenai model kapcai itu pernah tertiris di laman web Pendaftar Vietnam kira-kira sebulan lalu.

Di Thailand, model itu dikenali sebagai Finn. Pengeluar motosikal jenama Jepun itu menempatkan varian Jupiter Finn sebagai model advance berbanding varian standard Jupiter di Vietnam.

BACA >>> Yamaha Daftar Paten Jupiter MX Facelift di Indonesia, Rekabentuk Mirip 135 LC Fi (2022)
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Jupiter Z1 (2022), Tiga Warna Baharu, Harga Mula RM5.7k!

Berikut ialah perinciannya:

HARGA

Ada dua varian Jupiter Finn diperkenalkan dan berikut ialah harga mengikut varian:

  • Finn Standard: 27.5 juta dong (RM5,221)
  • Finn Premium: 28 juta dong (RM5,318)

PERINCIAN

  • Trenkuasa jenis 4-lejang silinder tunggal 113.7cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan udara dan teknologi suntikan bahan api, menawarkan 8.8hp pada 7,000rpm (Jupiter standard: 9.9 hp) dan tork 9.2Nm pada 5500rpm. Kotak gear manual 4-kelajuan.
  • Dimensi panjang 1,940mm, lebar 710mm dan tinggi 1,095mm. Jarak roda pula 1,235mm. (Jupiter standard: 1,935mm x 680mm x 1,065mm).
Yamaha Jupiter Finn - 3
Yamaha Jupiter Finn - 2
  • Meskipun saiz Jupiter Finn lebih besar berbanding Jupiter standard, model baharu itu dikatakan memiliki desain badan yang lebih lembut.
  • Jupiter Finn dipasang lampu utama jenis tunggal dan lampu signal belok diintegrasi pada sisi panel depan. (Jupiter standard: lampu utama berkembar).
  • Ada bolong kemasukan angin dengan kemasan krom dengan hon dipasang dibelakangnya.
  • Panel kepala satu tona berbanding Jupiter standard dengan konsep dwi-tona.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?

Yamaha Jupiter Finn - 0
Yamaha Jupiter Finn - 7
  • Ekor belakang mirip model Yamaha Sirius dan didakwa kurang menyerlah berbanding Jupiter standard.
  • Sistem henti membabitkan brek cakera (depan) dan brek dram (belakang) dengan teknologi Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Instrumen meter terbahagi kepada empat bahagian dengan semua maklumat spidometer, odometer dan petunjuk minyak dipamer secara analog dan menggunakan jarum.
  • Maklumat amaran lain dipaparkan menerusi nyalaan lampu LED.
  • Tidak dilengkapi suiz mematikan lampu utama sama seperti model Yamaha Sirius.
  • Ada ruang simpanan jenis terbuka bersaiz kecil di sebelah kiri panel depan untuk simpanan botol air minuman, glove tangan atau cermin mata hitam.
  • Kadar penggunaan bahan api ialah 1.64 liter untuk setiap 100km (Jupiter standard 1.55 liter per 100km). Isian penuh tangki minyak 4 liter membolehkan Jupiter Finn ditunggang kira-kira 243km.

BACA >>> Dilema Tauke Stesen Minyak, Pendapatan Sekadar 'Cukup Makan'?
BACA >>> Modenas Lancar Tiga Model 250cc Bawah RM20k Hujung Bulan Ini?
BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha
BACA >>> Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu

Yamaha Jupiter Finn - 5
Yamaha Jupiter Finn - 4
Yamaha Jupiter Finn - 3
Yamaha Jupiter Finn - 2
Yamaha Jupiter Finn - 6
Yamaha Jupiter Finn - 0
Yamaha Jupiter Finn - 7
Yamaha Jupiter Finn - 8
Yamaha Jupiter Finn - 1

SUMBER: Zing

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai 115cc, roda2, Yamaha Jupiter Finn, yamaha lagenda, Yamaha Vietnam

Comments

  1. Khamis Mtumwa says

    January 8, 2023 at 5:30 PM

    Hello I need Yamaha Jupiter F1 2018 honda

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev