SUASANA di Persiaran Raja Muda Musa Pelabung Klang, Klang menjadi kucar-kacir apabila tiba-tiba sebuah bas dilihat mengeluarkan asap tebal sebelum merempuh sebuah kedai, pada petang Sabtu.
Insiden kira-kira jam 6.20 petang itu turut dirakam pengguna jalan raya sebelum menjadi tular di media sosial.
Bagaimanapun kesemua 20 pekerja kilang yang menaiki bas tersebut termasuk pemandu bas sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu turut membabitkan sebuah Perodua Kancil yang dilanggar bas terbakar itu.
Katanya, hasil siasatan mendapati bas itu dari Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang untuk menghantar pekerja. Pun begitu, setibanya di Persiaran Raja Muda Musa secara tiba-tiba asap keluar di bahagian gear bas.
"Pemandu bas yang berusia 30 tahun itu kemudian memberhentikan bas di tepi jalan dan mengarahkan penumpang untuk turun.
"Bagaimanapun tiba-tiba bas berkenaan bergerak sendiri dengan perlahan dan melanggar belakang sebuah kereta sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berhenti hadapan sebuah kedai," katanya.
Sementara itu, pihak bomba memaklumkan bas tersebut dianggarkan mengalami 40 peratus kebakaran.
BACA>>> JPJ, Polis Nafi Beri Diskaun Saman 50 Peratus!
BACA>>> Dilema Tauke Stesen Minyak, Pendapatan Sekadar 'Cukup Makan'?
SUMBER: Harian Metro
Leave a Reply