• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Polaris Tutup Operasi Victory Motorcycles, Pembeli Sudah Tiada Selera

Polaris Tutup Operasi Victory Motorcycles, Pembeli Sudah Tiada Selera

January 15, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

victory-tutup-bg
INI antara berita yang mengejutkan industri automotif. Pengeluar automotif Amerika Syarikat, Polaris Industries (Polaris) memutuskan menutup seluruh perniagaan berhubung Victory Motorcycles selepas 18 tahun bersama syarikat motosikal yang kurang menguntungkan itu.

Kini, Polaris merancang memberi fokus kepada jenama Indian Motorcycle dan produk lain. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi Polaris, Scott Wine menyatakan prospek pertumbuhan Indian Motorcycle adalah lebih baik.

Ini keputusan sukar bagi pasukan dan lembaga pengarah kerana sudah lebih 18 tahun kami membuat pelaburan yang bukan sekadar sumber, tetapi hati dan jiwa dalam membangunkan Victory Motorcycles. Kami sangat bangga dengan apa yanng kami capai selama ini.” - Scott Wine

Polaris mengalami kerugian sejak lima tahun lalu, di mana Victory hanya menyumbang 3 peratus keuntungan. Bagaimanapun, Polaris mendakwa pengunduran itu bukan sekadar tin kosong semata-mata.

“Pengalaman, pengetahuan, infrastruktur dan keupayaan selama 18 tahun itu memberi keyakinan kepada kami untuk memperoleh dan membangunkan jenama,” kata Wine.

PERKONGSIAN PASARAN, PERSAINGAN


Victory bergelut mendapatkan pembahagian kek dalam perkongsian pasaran untuk meneruskan kejayaan, sekali gus meraih keuntungan. Malah, tekanan itu ditambah pula dengan situasi pasaran motosikal masa kini yang kian mencabar. Justeru prestasi yang kurang memberangsangkan memaksa Polaris mengambil langkah melancarkan platform baharu Victory supaya menepati perubahan cita rasa pengguna.

Namun, semua itu langsung tidak membantu hingga Polaris akhirnya menutup pengambil alihan AS$665 juta (RM2.96 bilion) daripada Transamerican Auto Parts (TAP).

"Tumpuan kami adalah kepada pertumbuhan yang menguntungkan. Dalam keadaan sumber terhad, langkah ini membolehkan kita mengoptimumkan dan menyelaraskan sumber pada dua jenama  premium Indian Motorcycle dan Slingshot selain meningkatkan fokus kami dalam mempercepatkan kejayaan jenama berkenaan,” kata Wine lagi.

Walaupun menutup operasi, Polaris masih membantu wakil dalam proses pembubaran inventori dan menjamin kebolehsediaan alat ganti hingga 10 tahun ke depan. Mereka juga komited dalam menyediakan layanan servis pada masa sama.

TENTANG VICTORY MOTORCYCLES

Victory Antares Black & Red V92C (1998)
Victory Antares Black & Red V92C (1998)
Indian® Scout® Sixty Indian Motorcycle Red® (2016)
Indian® Scout® Sixty Indian Motorcycle Red® (2016)

Victory Motorcycles dilancarkan pada 1997 dan menjadi antara pesaing kepada Harley-Davidson. Bagaimanapun, jenama motosikal berkuasa tinggi jenis sport touring, heavy cruiser dan electric sportbike ini mengalami masa sukar selama hampir 18 tahun.

Isu utama yang membelit Victory dikatakan datang daripada jenama Indian Motorcyles. Polaris sebagai syarikat induk menganaktirikan Victory kerana tidak menguntungkan. Apa tidaknya, Indian Motorcycles yang dibeli Polaris sejak 2011 kini melonjak hingga menjadi produk kedua terlaris selepas Harley-Davidson.

Slingshot® SL (2016)
Slingshot® SL (2016)
Victory Empulse TT (2016)
Victory Empulse TT (2016)

Tahun lalu, Victory melancarkan motosikal elektrik, Empulse TT. Namun, kehadiran jentera itu diramalkan menemui kegagalan kerana tidak sesuai dengan imej  Victory selama ini. Kemudian Polaris memperkenalkan pula jenama Slingshot, iaitu motosikal roda tiga, sekali gus membuatkan masalah dihadapi Victory semakin parah hingga sukar bersaing di pasaran. Akhirnya jenama tersebut kini terkubur.

Selamat tinggal Victory....

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harley-Davidsons, Indian Motorcycles, motosikal Amerika, roda2, Slingshot, Victory Motorcycles, Victory Motorcycles tutup operasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev