BANYAK negara menyatakan hasrat menamatkan jualan kenderaan baharu berasaskan bahan api fosil untuk beralih penggunaan kenderaan elektrik (EV).
Malah Kerajaan di banyak negara turut memberi pelbagai insentif kepada pengguna dalam usaha memujuk beralih kepada kenderaan hijau sebagai pendekatan menangani masalah emisi dan pencemaran.
BACA >>> Muktamad, Jualan Kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman Eropah Tamat 2035!
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Negara Paling Tinggi Bayaran Tol Dunia
Namun, EV juga dilihat sebagai pendekatan yang bakal menjejaskan pendapatan Kerajaan yang diperoleh daripada kutipan cukai bahan api. Tanpa wang daripada hasil cukai, sesebuah negara bakal berdepan kesukaran melaksanakan projek pembangunan baharu atau penyelenggaraan kemudahan awam seperti jalan raya dan infrastruktur lain.
Di Eropah, ada negara memperoleh hasil hampir €2 bilion (RM8.9 bilion) setahun daripada kutipan cukai bahan api, cukai jalan dan cukai kenderaan.
Switzerland nampaknya menemui cara mengisi semula kantung pendapatan negara dengan memperkenalkan cukai baharu ke atas pemilik EV atau kenderaan berasaskan sumber alternatif.
Kerajaan Switzerland mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Pengangkutan, Tenaga dan Komunikasi Persekutuan (DETEC) dan Jabatan Kewangan Persekutuan untuk mengemukakan cadangan baharu penilaian percukaian kenderaan menjelang akhir tahun 2023.
Caranya, cukai baharu dengan kadar tetap mengikut kilometer dan kategori kenderaan. Bagaimanapun, perincian mengenai kadar bayaran atau semakan jarak perbatuan belum dibuat.
Apa yang pasti, Switzerland mahu EV dikenakan cukai bermula 2030 berdasarkan indeks perjalanan, iaitu lebih banyak dipandu, maka lebih banyak cukai perlu dibayar pemilik.
Pendekatan kiraan kilometer dibuat kerana pemilik EV dipercayai akan mengecas kenderaan di kediaman masing-masing.
BACA >>> Belgium Akan Haramkan Skuter, Motosikal Petrol, Mula 2028
BACA >>> Kanada Bakal Haramkan Jualan Kenderaan Petrol, Diesel Baharu Mula 2035
BACA >>> Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih
BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Ireland Pula Rancang Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Menjelang 2030
BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040
BACA >>> Jerman Bakal Haramkan Petrol, Diesel Menjelang 2030, Sasar 95 Peratus Bebas CO2
BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
SUMBER: Lerepairedesmotards
Leave a Reply