WAKIL pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) semalam memperkenalkan sportbike CBR150R Edisi Repsol (2022) dengan menampilkan liveri ikonik Repsol yang cukup terkenal di arena perlumbaan dunia.
Skema badan jingga dan merah dengan teks Repsol melintang pada fairing sisi dan kepala CBR150R nyata menyerlahkan lagi penampilan sportbike aras mula itu. Tidak dilupakan warna rim yang turut diwarnakan jingga.
BACA >>> Honda CBR250RR (2022) Jepun Tambah Warna Serba Hitam, Harga RM29.8k!
Berikut spesifikasi CBR150R Edisi Repsol (2022) ini:
- Lampu LED penuh dengan lampu utama kembar LED gaya agresif yang diilhamkan daripada DNA CBR250RR.
- Ciri sporty lain ialah brek cakera petal, panel meter digital penuh dengan paparan multi-info (MID).
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap 150cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 16hp (12kW) @ 9,000rpm dan tork 13.7Nm @ 7,000rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac multiplat basah.
- Kapasiti tangki petrol 12 liter.
- Tinggi pelana 788mm, jarak lega bumi 151mm, dan berat basah 139kg.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock dengan swiangarm Pro-Link (belakang).
- Menggunakan tayar tiubles 100/80-17M/C (52P) di depan, dan 130/70-17M/C (62P) di belakang.
- Sistem brek cakera hidraulik pada kedua-dua roda, dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Sistem transmisi dilengkapi ciri klac antigelincir Slipper Clutch untuk melancarkan anjakan gear dengan mudah dan selesa.
- Hanya 800 unit ditawarkan di pasaran pada harga RM13,499, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
- Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun, atau 20,000km (mana satu tiba dahulu).
- Maklumat lanjut boleh kunjungi pengedar Honda terdekat atau hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993, atau layari www.boonsiewhonda.com.my.
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?
BACA >>> BSH Umum Senarai Harga Terkini Motosikal, Skuter Honda Bawah 150cc
Leave a Reply