• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PBB Puji Keputusan Malaysia Wajibkan ABS untuk Motosikal Dua Tahun Lagi

PBB Puji Keputusan Malaysia Wajibkan ABS untuk Motosikal Dua Tahun Lagi

July 12, 2022 By Aryon Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik keputusan Malaysia mewajibkan pemasangan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk motosikal baharu dalam tempoh dua tahun lagi.

Utusan Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt berkata, Malaysia memberikan contoh dalam mengekang masalah kemalangan tinggi dalam kalangan penunggang motosikal yang menjadi punca utama kematian akibat nahas jalan raya di negara membangun.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

Beliau berkata dipetik portal FMT;

Ini keputusan terbaik dilakukan Kerajaan Malaysia yang menumpukan inisiatif pada salah satu bahagian paling terdedah kepada isu keselamatan jalan raya."

Todt turut menyatakan sokongan kepada rancangan Malaysia dalam mesyuarat dengan Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Wong Shaw Voon selepas mesyuarat Peringkat Tinggi PBB berhubung keselamatan jalan raya di New York, minggu lalu.

Berdasarkan rekod polis, 80,952 penunggang motosikal maut akibat kemalangan di Malaysia sejak 2001. Setakat Ogos tahun lalu, 70 daripada 100 kematian jalan raya ialah penunggang motosikal, sekali gus meletakkan Malaysia semakin hampir untuk mengatasi Thailand sebagai negara paling tinggi dunia dengan kadar kematian penunggang motosikal.

Apa saja yang boleh dilakukan untuk menjadikan motosikal lebih selamat adalah sangat digalakkan, dan sistem ABS ini, jika berjaya pada mana-masa peratusan dengan kajian dilakukan, ia adalah sangat bernilai," kata Todt.

Bagaimanapun, Todt mengingatkan ABS tidak sepatutnya dianggap sebagai ukuran keselamatan muktamad untuk motosikal seperti menggantikan pemakaian helmet. Beliau turut menggesa pengeluar motosikal global mematuhi regulasi keselamatan kenderaan Malaysia.

Automobil memiliki sejarah penggunaan peranti keselamatan paling penting (untuk kereta), seperti tali keledar, beg udara, ABS dan lain-lain. Akhirnya, tiada siapa mempertikaikan lagi (ciri keselamatan diwajibkan) selepas beberapa tahun.

Apa perlu dipastikan ialah standard sama diaplikasikan pada kereta dan motosikal di negara membangun dan negara maju. Ini memerlukan kerjasama kedua-dua pihak antara pengeluar dan Kerajaan," kata Todt lagi.

BACA >>> Motosikal 150cc ke Atas Akan Wajib Ada ABS!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Ciri ABS Penting untuk Motosikal?

SUMBER: FMT

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr Wee Ka Siong, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jean Todt, MIROS, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Wong Shaw Voon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev