CEMBURU menjadi punca seorang lelaki bersama dua lagi rakannya membakar 34 motosikal di Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kebakaran itu daripada seorang wanita pada jam 2.21 pagi.
Bertindak atas maklumat, pada 7 Julai 2022 jam 2.30 pagi, anggota polis membuat risikan dan tangkapan kepada tiga lelaki warganegara berusia antara 31 hingga 43 tahun di PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil.
"Semua suspek mempunyai rekod lampau dan kes dadah. Hasil siasatan awal polis mendapati punca kejadian bermotifkan cemburu terhadap hubungan bekas isteri dengan salah seorang pemilik motosikal," katanya.
Semua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur khianat dalam kejadian itu.
BACA>>> 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
BACA>>> Pemandu X70 Maut Dilanggar Porsche 911 Carrera Masuk Laluan Bertentangan
SUMBER: PolisKL
Leave a Reply