• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peugeot 208 dan 2008 Puretech - Penanda Aras Enjin Petrol Paling Jimat Kini Bermula

Peugeot 208 dan 2008 Puretech - Penanda Aras Enjin Petrol Paling Jimat Kini Bermula

January 12, 2017 By Han Othman Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NASIM Sdn Bhd semalam membuka tirai 2017 menerusi pelancaran dua model berbeza segmen secara serentak dengan memperkenalkan hatchback segmen-B, Peugeot 208 Puretech dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Peugeot 2008 Puretech.

Apa yang menarik tentang Peugeot 208 dan Peugeot 2008 dengan label Puretech? Apakah dua model tersebut bakal menambat hati peminat automobil tempatan, terutama pemuja jenama kejuruteraan Perancis itu?

Menurut Peugeot, Puretech ialah teknologi yang memberikan kuasa dan prestasi seperti enjin besar dengan kecekapan seperti enjin kecil. Semuanya terbukti apabila teknologi berkenaan meraih anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik Tahunan pada 2015 dan 2016. Paling mengagumkan sudah tentulah penjimatan bahan api di mana kedua-dua model tersebut mampu bergerak lebih 1,000km hanya dengan setangki isian penuh petrol.

Mari kita lihat perincian ringkas di bawah mengenai Peugeot 208 Puretech dan Peugeot 2008 Puretech.

PEUGEOT 208 PURETECH

ENJIN

Suntikan terus petrol, pengecajturbo, silinder 3 sebaris, DOHC 12 injap, VTi (Pemasaan Injap Variabel untuk Salur Masuk dan Ekzos),

TRANSMISI

Automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift

PRESTASI

110hp @ 5,500rpm; 205Nm @ 1,500rpm; 190kmj; 0-100 9,8 saat

BAHAN API

4.2L/100km atau sejauh 1,190km untuk setangki penuh (50 liter) isian petrol

SUSPENSI

Pseudo MacPherson dengan bar antirol (depan), lengan trailing dengan gandar silang dinamik

KESELAMATAN

peugeot-208-puretech-2017-safety
5-bintang Euro NCAP, 6 beg udara (2 depan, 2 sisi depan, 2 tirai), ABS, EBD, EBA, ASR, DSC, HSA, ESP, 2 ISOFIX, badan Keluli Tegangan Sangat Tinggi (VHSS), perehat kepala anti-lecut (whiplash), tali keledar 3-poin dengan pengehad daya, imobiliser

EKSTERIOR

Lampu LED signatur depan dan belakang, lampu depan boleh laras kawalan jauh, Bantuan Parkir Peugeot (undur), lampu kabus depan dan belakang denan fungsi belok, lampu depan auto dan bilah pengelap auto, lampu sekuriti 'Follow Me Home', cermin pandang belakang pemandu dan penumpang belakang dengan pemanas, cermin sisi elektrik, rim aloi Titane 16-inci dua tona

INTERIOR

Skrin sentuh multifungsi 7-inci, sistem audio Arkamys bunyi 3D dengan 6 pembesar suara, port USB, sambungan Bluetooth dan strim audio, sistem penyaman udara dua zon, panel instrumen dongak dengan paparan LCD, roda stereng kulit dengan butang kawalan, kerusi fabrik 3D Techmat hitam, soket 12V di baris pertama dan kedua
punat tekan-mula, stereng kuasa elektrik termaju, luas but 311 liter/1,152 (dilipat)

BREK

Brek cakera ventilasi (depan) & brek cakera solid (belakang)

5 WARNA PILIHAN
  • Digital White (putih)
  • Virtual Blue (biru)
  • Nera Black (hitam)
  • Atomic Orange (jingga)
  • Rouge Red (merah)
WARANTI

5 TAHUN atau perbatuan 120,000km

HARGA

RM89,888 (atas jalan)


PEUGEOT 2008 PURETECH

peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-4

ENJIN

Suntikan terus petrol, pengecajturbo, silinder 3 sebaris, DOHC 12 injap, VTi (Pemasaan Injap Variabel untuk Salur Masuk dan Ekzos)

TRANSMISI

Automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift

PRESTASI

110hp @ 5,500rpm; 205Nm @ 1,500rpm; 190kmj; 0-100kmj 10.3 saat

BAHAN API

4.4L/100km atau sejauh 1,136km untuk setangki penuh (50 liter) isian petrol

SUSPENSI

Pseudo MacPherson dengan bar antirol (depan), lengan trailing dengan gandar silang dinamik

KESELAMATAN

peugeot-208-puretech-2017-safety-2
5-bintang Euro NCAP, 6 beg udara (2 depan, 2 sisi depan, 2 tirai), ABS, EBD, EBA, ASR, DSC, HSA, ESP, 2 ISOFIX, badan Keluli Tegangan Sangat Tinggi (VHSS), perehat kepala anti-lecut (whiplash), tali keledar 3-poin dengan pengehad daya, imobiliser

EKSTERIOR

Lampu LED signatur depan dan belakang, lampu depan boleh laras kawalan jauh, Bantuan Parkir Peugeot (undur), lampu kabus depan dan belakang dengan fungsi belok, lampu depan auto dan bilah pengelap auto, lampu sekuriti 'Follow Me Home', cermin pandang belakang pemandu dan penumpang belakang dengan pemanas, cermin sisi elektrik, rim aloi Eridan 17-inci dua tona

INTERIOR

Bumbung panoramik dengan lampu mood dan pelindung matahari elektrik, skrin sentuh multifungsi 7-inci, sistem audio Arkamys bunyi 3D dengan 6 pembesar suara, port USB, sambungan Bluetooth dan strim audio, sistem penyaman udara dua zon, panel instrumen dongak dengan paparan LCD, roda stereng kulit dengan butang kawalan, kerusi kulit semi-bucket Oxford dan fabrik, visor matahari pemandu dan penumpang depan dengan cermin solek, soket 12V di baris pertama dan kedua, punat tekan-mula, stereng kuasa elektrik termaju, brek tangan gaya pesawat udara, luas but 350 liter/1,194 liter (dilipat)

BREK

Brek cakera ventilasi (depan) & brek cakera solid (belakang)

5 WARNA PILIHAN
  • Digital White (putih)
  • Artense Grey (kelabu)
  • Emerald (hijau zamrud)
  • Ultimate Red (merah)
WARANTI

5 TAHUN atau perbatuan 120,000km

HARGA

RM109,888 (atas jalan)

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nasim Sdn Bhd, Peugeot, Peugeot 2008 Puretech, Peugeot 208 Puretech, Puretech, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my