• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berang Hilang Alphard Guna Aplikasi Trevo, Daftar Pakai 'Spek' Hitam Pun Boleh Sewa

Berang Hilang Alphard Guna Aplikasi Trevo, Daftar Pakai 'Spek' Hitam Pun Boleh Sewa

July 7, 2022 By Wahid Leave a Comment

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang mengharapkan sedikit pulangan daripada sewaan Toyota Alphard menerusi aplikasi Trevo berdepan masalah besar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya itu dicuri.

Aplikasi Trevo dilancarkan perkhidmatan aplikasi sewa dan langganan kereta, SOCAR dua tahun lalu yang membolehkan pemilik menyewakan kereta mereka kepada pihak yang ingin menyewa kereta dalam jangka masa pendek. Konsepnya sama seperti AirBnB untuk penginapan.

BACA >>> SOCAR Malaysia Perkenal Trevo, Aplikasi Mobil untuk Sewa Kereta

Selepas membaca reviu agak bagus mengenai Trevo di media sosial, Nor Azam Budin memutuskan menyewakan Alphard kepunyaannya. Asalnya, dia enggan menyewakan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu untuk tiga hari berterut-turut kepada seorang individu yang berminat kerana masih sangsi.

Namun, ada seorang lagi penyewa yang berminat menyewa sehari pada 29 Jun lalu dan sepatutnya memulangkan kereta keesokan hari dengan bayaran RM700. Dia pun setuju, dan seorang kakitangan Trevo datang ke rumah mengambil Alphard miliknya untuk dihantarkan kepada penyewa.

Lepas tu aku dapat 2nd booking pada 29hb Jun 2022 lebih kurang pukul 3pm lebih.

Aku tengok booking dia 1 hari je, jadi after discuss dgn wife aku. Aku pun accept.

(Booking id ni yg previous, yg bru berubah, bila guess tu cancel and then rebooking balik - same delivery and name) pic.twitter.com/KGSRTSc7el

— Nor Azam Budin (@norazambudin) July 5, 2022

Apabila tiba masa pemulangan, kakitangan Trevo memaklumkan penyewa itu akan memulangkan Alphard tersebut terus kepadanya. Namun, apabila menghubungi Trevo, dia diberitahu penyewa kereta berkenaan meminjamkan MPV itu kepada rakan lain yang memandu ke Banting, Selangor.

Nor Azam kemudian memutuskan menghubungi penyewa itu sendiri tetapi diberikan pelbagai alasan.

So my nightmare start bila i ask trevo the status, and wakil trevo bagitahu guess ckp dkt dia bg member pakai pergi bentong (tp actually Banting - pihak trevo salah dgr)

Aku terus text guess, and from than aku dah tahu kereta aku kena curi. pic.twitter.com/crXkL3SdPx

— Nor Azam Budin (@norazambudin) July 5, 2022

Keesokan hari, Nor Azam terus membuat laporan polis mengenai MPV yang masih belum dipulangkan. Polis memberitahu kes itu akan disiasat Bahagian Jenayah Komersil kerana melibatkan Trevo. Dia juga dimaklumkan kehilangan tersebut tidak dilindungi insurans kerana disewa melalui Trevo.

Nor Azam pula mendakwa terma itu tidak tertera dalam bahagian soalan lazim di laman Trevo.

Melalui status di laman Twitter, dia menyelar cara Trevo membuat verifikasi pengguna kerana membenarkan pengguna mengambil gambar dengan kad pengenalan walaupun memakai cermin mata gelap.

Kemudian, dia juga mengesan seorang lagi pemilik yang kehilangan Toyota Hiace menerusi Trevo. Malah, penyewa dikatakan melarikan Alphard menggunakan nombor kad pengenalan sama ketika menyewa Hiace tersebut.

Nor Azam juga mendakwa kes kehilangan Hiace itu sudah berlarutan sejak 25 Jun lalu, tetapi kes tidak dibuka walaupun melibatkan kes curi kad pengenalan.

Pihak pengurusan Trevo menghubungi Nor Azam dengan meminjamkan sebuah kereta, dan berkata akan memberikan pampasan jika Alphard itu tidak dijumpai. Berhubung kes tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan ia kini dalam siasatan sedang disiasat.

BACA >>> Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!
BACA >>> 8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu - Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

SUMBER: SoyaCincau

Related

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirBNB, Auto Terkini, SOCAR, Toyota Alphard Hilang, Trevo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my