• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 2.35 Juta Kenderaan Dijangka Pulang ke Pantai Timur Sempena Cuti Aidiladha 2022

Lebih 2.35 Juta Kenderaan Dijangka Pulang ke Pantai Timur Sempena Cuti Aidiladha 2022

July 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBIH 2.35 juta kenderaan dijangka menuju ke tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha 2022 bermula hujung minggu ini.

Anih Berhad berkata, 1,648,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan 704,000 kenderaan lain menerusi Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

BACA >>> #ApaNakBuat: Balik Raya Sah Jem, Pastikan Bawa 9 Barang Penting Ini!
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

Pertambahan trafik itu diramal bermula 8 Julai (Jumaat) hingga 11 Julai ini (Isnin) kerana rata-rata pengguna mahu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyempurnakan ibadah korban dan mengambil peluang bersama keluarga kerana cuti hujung minggu yang panjang.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, trend trafik harian hujung minggu menunjukkan jumlah stabil sejak awal tahun ini iaitu:

  • Lebuhraya KLK: 161,000 kenderaan
  • LPT1: 65,000 kenderaan

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Elak Mengantuk ketika Memandu
BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh

Belia berkata;

Antara langkah diambil Anih Berhad untuk meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini adalah penambahan petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

“Ia membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua fasiliti lebuh raya dan meningkatkan tahap kebersihan terbaik di semua Hentian Sebelah dan Kawasan Rehat dan Rawat (RnR).”

CADANGAN JADUAL PERJALANAN AIDILADHA 2022

Anih Berhad juga mengingatkan pengguna supaya memandu secara berhemah dan memastikan keadaan kenderaan berada pada tahap optimum.

Pengguna juga dinasihatkan memastikan baki e-wallet, Touch n'Go dan SmartTag mencukupi dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ANIH Berhad, autoterkini, Cuti Aidiladha 2022, Jalan Jem Raya 2022, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Radzimah Mohd. Radzi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev