• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Banyak Sangat, Suzuki Henti Tawaran 18 Warna Khas untuk Hayabusa

Tempahan Banyak Sangat, Suzuki Henti Tawaran 18 Warna Khas untuk Hayabusa

July 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI terpaksa menggantung seketika Pelan Tempahan Warna (Color Order Plan) yang menawarkan 18 pilihan warna khas untuk hyperbike Hayabusa selepas menerima tempahan terlalu tinggi hingga melepasi jumlah pengeluaran dirancang.

Perkara itu diumumkan dalam paparan mesej di laman web Suzuki Motor Japan. Terdahulu, Suzuki mengumumkan 18 kombinasi warna istimewa untuk Hayabusa selain tiga warna standard yang menjadikan keseluruhan 21 warna pilihan.

BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Model Legenda Hayabusa, V-Strom 1050XT
BACA >>> Suzuki Perkenalkan Tiga Warna Baharu untuk Hayabusa (2023)

Tiga warna standard ialah Thunder Gray Metallic/Candy Darling Red (kelabu-merah), Glass Sparkle Black/Matte Black Metallic No.2 (serba hitam) dan Brilliant White/Pearl Bigger Blue (putih biru).

Warna khas pula dibuat menerusi tempahan khas di rangkaian pengedar, yang mana Pelan Tempahan Warna membolehkan pelanggan memilih kombinasi warna badan motosikal, aksen dan rim.

BACA >>> Tiga Hari Saja Suzuki Hayabusa (2021) Edisi Terhad Habis Ditempah!

Jika diteliti, model standard Hayabusa didatangkan dalam rim hitam, manakala Pelan Tempahan Warna memberi pilihan mengubah penampilan model masing-masing.

Pelanggan boleh memilih model putih dengan aksen merah dengan rim merah atau memilih skema satu warna menyeluruh. Cuma pelanggan perlu membayar tambahan caj servis ¥55,000 (RM1,800) untuk pilihan warna khas di Jepun.

BACA >>> Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India

SUMBER: Suzuki Jepun | RideApart

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Pelan Tempahan Warna Suzuki, roda2, Suzuki Hayabusa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my