• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Rupa Perodua Axia Facelift, Ada Punat Tekan-Mula dan MirrorLink?

Inilah Rupa Perodua Axia Facelift, Ada Punat Tekan-Mula dan MirrorLink?

January 11, 2017 By Han Othman 4 Comments

620
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

perodua-axia-facelift-2017-bg
NAMPAKNYA bukan lagi rahsia tentang berita Perodua Axia versi dipertingkat (facelift) yang khabarnya bakal dilancarkan secara rasmi pada 20 Januari ini sempena karnival MYPerodua Nation di Aeon Mall Shah Alam, manakala tempahan dibuka seminggu lebih awal, iaitu pada 13 Januari (Jumaat ini).

Berdasarkan sumber My Perodua Online (bukan laman web rasmi Perodua), Axia facelift itu akan menampilkan beberapa ciri baharu berbanding model sedia ada, seperti:

  • Set lampu depan dan bampar baharu (seakan Honda Jazz)
  • Enjin VVT-i baharu yang sama digunakan Bezza 1.0
  • Punat tekan-mula
  • Pemain DVD  berserta navigasi dengan integrasi telefon pintar-sistem infotainment, MirrorLink (Advance sahaja)
  • But belakang dengan hendal pintu
  • Warna Cherry Blossom (merah) dan Lemon Grass Green (hijau) dihentikan pengeluaran.my-perodua-online-fb

BACA >>> Daihatsu Dedah 4 Model Konsep Sempena Pameran Motor Tokyo 2017, Pengganti Myvi Semakin Hampir

Harga Axia facelift juga dikatakan meningkat antara RM1,000 dan RM2,000 bergantung kepada jenis varian. Turut dimaklumkan ialah model lama Axia sudah tidak dikeluarkan lagi untuk tahun ini dan apa yang tinggal ialah model tahun lalu, 2016. Ini bermakna, pembelian model tahun ini adalah membabitkan model facelift sahaja.

Berikut ialah foto yang dikirimkan kepada kami oleh sumber yang enggan dikenali. Cantik tak? 🙂

Perodua Axia Facelift

Related

620
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Perodua, Perodua Axia, Perodua Axia facelift, Roda4

Comments

  1. Goh says

    January 11, 2017 at 10:14 AM

    Masih tiada ESC seperti Bezza

    Reply
  2. Neomax3 says

    January 11, 2017 at 6:41 PM

    Jazz wanna be

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my