• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub

Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub

June 30, 2022 By Farah Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bahawa nama jalan Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam telah ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub, pada Selasa.

Kerja penukaran nama ini dilakukan oleh MBSA bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menitahkan penukaran kepada Persiaran Tun Arshad Ayub, bersempena nama Pengarah pertama Institut Teknologi MARA (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA).

"Pertukaran nama Persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi negara khususnya pembangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sekian," tulis kenyataan itu.

Untuk makluman anda, Persiaran Tun Arshad Ayub ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer bermula dari Bulatan Bistari (Seksyen 2 dan Seksyen 3) hingga ke persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7 Shah Alam.

Tun Arshad Ayob baru sahaja kembali ke rahmatulah pada 14 Jun lalu pada usianya 93 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah ITM sejak 1967 hingga 1975 yang kini dikenali sebagai UiTM. Allahyarham juga pernah dipinjamkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, selain pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

BACA>>> Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
BACA>>> Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan

SUMBER: MBSA

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: persiaran institut, Shah Alam, tukar jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my