• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hon Suruh Jalan Je Pun... Pelakon Dakwa Kena Kejar Penunggang Siap Tunjuk Jari Tengah

Hon Suruh Jalan Je Pun... Pelakon Dakwa Kena Kejar Penunggang Siap Tunjuk Jari Tengah

June 30, 2022 By Farah Leave a Comment

777
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HANYA gara-gara menekan hon kepada sepasang suami isteri yang menaiki motosikal, pelakon Nazrief Nazri berdepan detik cemas dikejar dan ditunjukkan jari tengah.

Nazrief turut memuat naik video insiden tersebut yang sempat dirakamkan isterinya dalam laman Instagram.


Dalam kapsyen, Nazrief mendakwa insiden berkenaan berlaku beberapa hari lalu ketika dalam perjalanan membawa anak dan isterinya ke taman.

Segala bermula di lampu isyarat, dan pasangan bermotosikal yang bersembang hingga tidak perasan lampu sudah lama bertukar hijau.

Justeru dia menekan hon sekali sebagai isyarat meminta penunggang itu bergerak.

So saya hon kereta sekali sebagai isyarat suruh dia jalan, tapi isteri dia boleh buat muka sambil mengomel marah2 sebab saya hon.

"Jadi saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih hati-hati sewaktu naik motor dan maaf. Agaknya lelaki tu tak puas hati sangat sebab saya hon kali kedua, dia kejar kereta saya sambil jerit-jerit dan tunjuk isyarat tangan f*ck.

"Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan mcm biasa. Tapi lelaki tu masih follow kereta kami, masa inilah saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan sebab Noah tengah tidur dekat seat belakang. Sampai satu traffic light merah, lelaki tu ketuk cermin kereta saya marah-marah tak puas hati," katanya.

Jelasnya, kerana memikirkan niatnya membawa anak isteri berjalan ke taman, dia merendahkan ego dan meminta maaf supaya tidak mengeruhkan  keadaan.

Nazrief berkata lagi, niatnya membuat hantaran tersebut supaya sikap biadab atas jalan seperti itu dapat dihentikan. Namun, video tular di media sosial sudahpun dipadamkan daripada akaun media sosialnya sebentar tadi.

BACA>>> Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
BACA>>> SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut

Related

777
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Buli jalanan, hon, jari tengah, Samseng Jalanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev