• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Singapura Maut, BMW X5 Terbabas Langgar Lopak Air

Warga Singapura Maut, BMW X5 Terbabas Langgar Lopak Air

June 30, 2022 By Farah Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAJAT empat sahabat melancong ke Pulau Redang, Terengganu bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut apabila  kenderaan utiliti sukan (SAV) BMW X5 dinaiki terbabit kemalangan  di KM398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, Hulu Terengganu, Rabu lalu.

Mangsa ialah warga Singapura, Clarrisa Neo Li Shan, 28, yang duduk di kerusi penumpang depan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam insiden kira-kira jam 5.15 petang itu, SUV dipandu rakan mangsa, Ng Shea Shin, 31, terlanggar lopak air hingga  terbabas dan melanggar besi pengadang jalan.

Menurut polis, sebelum kejadian, mangsa dan tiga lagi rakan bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Redang, Terengganu kira-kira jam 1 petang.

Kemalangan berlaku ketika hujan lebat, dan kenderaan dipandu rakan mangsa terlanggar lopak air dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pengadang besi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Coo Juo Sie, 30, yang duduk di kerusi belakang patah kaki kiri dan cedera tangan kanan, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang belakang, Goh Yong Zhin, 28, tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA>>> Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
BACA>>> 
Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut

SUMBER: Sinar Harian

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, kemalangan lPT2, kemalangan maut, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lopak air, SAV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my