• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut

Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut

June 29, 2022 By Han Othman Leave a Comment

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LIMA sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki maut apabila kereta jenis Toyota Corolla dinaiki bertembung sebuah treler di KM36 Jalan Kuantan-Segamat di Kuantan, semalam.

Mangsa yang maut dalam insiden kira-kira jam 3.40 petang itu ialah pemandu kereta, Muhammad Rosli Ibrahim, 32, isteri,Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, termasuk tiga anak mereka, Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, dan seorang bayi lelaki, Rizqy Ramadhan, setahun dua bulan, yang dipangku di tempat duduk penumpang depan.

Menurut polis, semua mangsa menaiki kereta jenis Toyota dalam perjalanan dari Muadzam ke Kuantan. Di tempat kejadian pemandu kereta dilaporkan memasuki laluan treler. Pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan, tetapi gagal kerana jarak terlalu dekat hingga merempuh depan kereta.

Semua penumpang, termasuk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.

BACA >>> Video Penunggang Nyaris Maut Digilis Treler Selepas Rempuh Pengadang Besi Tengah Jalan
BACA >>>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler

Related

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, kemalangan treler, Lima Sekeluarga Maut, Toyota Corolla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my