• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak 2 Tahun Maut Digilis, Ibu Bapa Lari Tinggalkan Mayat Anak dengan Hilux Curi

Budak 2 Tahun Maut Digilis, Ibu Bapa Lari Tinggalkan Mayat Anak dengan Hilux Curi

June 29, 2022 By Farah Leave a Comment

360
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG budak lelaki berusia dua tahun maut digilis selepas tercampak keluar dari kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki keluarganya dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, Tampin, malam Ahad lalu.

Apa mengejutkan, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut, berusia lingkungan 20-an dan 30-an dilaporkan melarikan diri meninggalkan mayat mangsa dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Toyota Hilux, dipercayai dicuri.

Insiden kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku ketika pasangan tersebut, bersama mangsa dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Polis mendakwa insiden berlaku ketika suspek memotong sebuah lori dan gagal mengawal kenderaan hingga terbabas ke kanan jalan. Impak perlanggaran menyebabkan kenderaan mereka berpusing beberapa kali sebelum bergesel sebuah lori.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua penumpang dalam kereta tercampak keluar, dan mangsa tercampak tengah jalan raya sebelum digilis sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti. Difahamkan, Hilux dilarikan itu adalah milik pengguna jalan raya yang berhenti memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Susulan itu, polis menahan pasangan tersebut di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan dipandu lelaki tersebut menemui dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.

BACA>>> 5 Sekeluarga Maut Termasuk Bayi, Arwah Baru Beli Kereta Terpakai Seminggu Lalu
BACA>>> Lori Simen Terbabas Masuk Rumah Orang

SUMBER: Kosmo

Related

360
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan maut, Kereta Curi, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev