• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Elektrik NIO ET5 Jatuh Bangunan di China, Dua Pemandu Uji Terbunuh

Kereta Elektrik NIO ET5 Jatuh Bangunan di China, Dua Pemandu Uji Terbunuh

June 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

773
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA maut selepas sebuah kereta pandu uji NIO ET5 terjatuh dari tingkat tiga sebuah parkir bertingkat di ibu pejabat NIO di Shanghai, China.

Insiden sekitar jam 5 petang pada 22 Jun lalu itu berlaku melibatkan dua pemandu uji berada dalam sedan elektrik tersebut yang masing-masing kakitangan NIO dan pihak vendor.

BACA >>> NIO ET5 - Sedan Elektrik China dengan Jarak Pemanduan Hingga 1,000km, Harga RM215k!

Portal Observer melaporkan ET5 itu terjatuh dari tingkat tiga parkir dan dua individu disahkan maut di tempat kejadian.

NIO menggunakan plaftorm sosial Weibo untuk memaklumkan siasatan awal mendapati insiden tersebut adalah kemalangan dan tiada kaitan isu mekanikal kenderaan terbabit.

Media tempatan menyatakan, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan dan cuba menyelamatkan nyawa dua pemandu uji itu. Seorang kakitangan NIO memberitahu laman berita Xin Huanghe bahawa pemandu didapati memilih gear salah. Menurutnya;

Ia bukan masalah brek. (Pemandu) beranggapan sudah memasukkan gear undur, sebaliknya meletakkan gear ke posisi bergerak ke depan.”

NIO mengesahkan pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk membantu keluarga kedua-dua mangsa terkorban.
NIO ET5 diperkenalkan Disember lalu dan menjadi pesaing kepada Tesla Model 3. Varian ditawarkan hadir dengan pakej bateri berbeza, iaitu:

  • Bateri jarak standard 75kWh - lebih 550km
  • Bateri jarak jauh 100kWh - lebih 700km
  • Bateri ultra jauh 150kWh - lebih 1,000km

Semua varian menggunakan sepasang motor elektrik dengan output kuasa 483hp dan tork 700Nm serta mampu mencapai kelajuan 0-100kmj dalam masa 4.3 saat. Harga bermula serendah 328,000 yuan (RM216,080).

BACA >>> #RetroAuto: Prosedur Ujian Pemandu Mabuk Sudah Bermula Lebih 50 Tahun Lalu
BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir
BACA >>> Malaysia Bakal Miliki Pusat Pengalaman Pemanduan Pertama Asia Tenggara!

SUMBER: CarScoops | The Paper

Related

773
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Kereta Sedan Elektrik, NIO ET5, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev