• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Pulsar N160 (2022) Berwajah Baharu, Tiru Lampu Utama Yamaha MT-15?

Bajaj Pulsar N160 (2022) Berwajah Baharu, Tiru Lampu Utama Yamaha MT-15?

June 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ memperbaharui saingan dalam segmen streetbike 160cc dengan pengenalan Pulsar N160 (2022) yang kini tampil lebih futuristik.

Malah ada yang berpendapat Bajaj meniru rekaan lampu Yamaha MT-15, tetapi jika dilihat pada barisan model pengeluar itu, Pulsar 250 sudah menggunakan lampu mirip N160.

BACA >>> Selepas Bangladesh, Yamaha YZF-R15M (2022) Bakal Lancar di Malaysia?
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

Antara pencabar utama Pulsar N160 (2022) ialah MT-15, Suzuki Gixxer 155, Honda X-Blade 160 dan TVS Apache RTR 160 V4. Berikut perincian:

VARIAN DAN WARNA

Bajaj Pulsar N160 (2022) - 1
Bajaj Pulsar N160 (2022) - 2
Bajaj Pulsar N160 (2022) - 4
Bajaj Pulsar N160 (2022) - 3

Ada dua varian diperkenalkan mengikut ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) iaitu:

  • Dual ABS
    • Pilihan warna Brooklyn Black (hitam)
  • Single ABS
    • Pilihan warna Caribbean Blue (biru), Racing Red (merah) dan Techno Grey (kelabu)

HARGA

Bajaj Pulsar N160 (2022) - 0
Bajaj Pulsar N160 (2022) - 7

Pulsar N160 (2022) didatangkan dengan perbezaan harga 5,000 rupee (RM280).

  • Single ABS: 123,000 rupee (RM6,930)
  • Dual ABS: 128,000 rupee (RM7,210)

BACA >>> India Lancar Yamaha MT-15 V2 (2022), Kini Ada Fork USD, ABS 2-Saluran, Harga RM8.9k

PERINCIAN

  • Perubahan paling signifikan ialah rekabentuk lampu utama yang kini jenis projektor LED dengan lampu siang (DRL) kembar.
  • Kedua-dua varian tiada perbezaan ketara selain sistem brek.
  • Ada port USB untuk mengecas telefon bimbit.
  • Panel meter masih kombinasi spidometer analog dan skrin kecil untuk paparan maklumat digital.
  • Ada kowl pelindung di bawah enjin dan sistem ekzos. Warna fender depan mengikut tona badan motosikal.
  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 164cc penyejukan minyak berkuasa 15.8hp dengan tork 14Nm. Kuasa susut kira-kira 1hp berbanding model sebelum ini.
  • Frem jenis keluli, berat motosikal 154kg dan kapasiti tangki minyak 14 liter. Tinggi pelana 795mm.
  • Rim 17 inci dengan tayar 100/80 (depan) dan 130/70 (belakang).

BACA >>> KTM RC 390 (2022) Lancar di India, Harga RM17.7k!
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu

Related

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bajaj, Bajaj Pulsar N160 (2022), Bajaj Pulsar NS160 (2022), roda2, streetbike, Yamaha MT-15 V2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev