• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Hornet Bakal Guna Enjin 2-Silinder Sebaris, Sedia Cabar Yamaha MT-07?

Honda Hornet Bakal Guna Enjin 2-Silinder Sebaris, Sedia Cabar Yamaha MT-07?

June 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA membuat kejutan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 dengan pengenalan model konsep Hornet, iaitu naked bike yang menandakan nama ikonik itu mahu dihidupkan semula.

Berdasarkan lakaran dikongsikan Honda, model tersebut mengetengahkan rekabentuk gaya agresif.

Honda Hornet 2022 (1)
Honda Hornet 2022

Bagaimanapun, Hornet baharu dijangka menggunakan trenkuasa 2-silinder sebaris serba baharu dengan julat rev lebih tinggi untuk berdepan saingan langsung Yamaha MT-07.

Khabarnya, trenkuasa baharu itu mungkin berkapasiti 750cc, dan model generasi lama yang dipacu enjin 4-silinder sebaris ialah CBR600F dengan output kuasa 97hp.

Apapun, Honda belum membuat pengumuman rasmi mengenai spesifikasi Hornet, tetapi tetapan yang akan dibuat adalah berdasarkan beberapa faktor dan objektif semasa.

Contohnya, trenkuasa dwi-silinder adalah lebih rendah kos pembangunan dan lebih mudah menepati regulasi piawaian emisi terkini berbanding enjin 4-silinder.

Malah, Honda juga dijangka menggunakan platform baharu yang sama seperti binaan advencer middleweight, seperti Transalp, iaitu adik kepada Africa Twin. Pendekatan itu mirip apa dilakukan Yamaha yang menjadikan MT-07 sebagai asas kepada binaan Tenere 700.

Hornet baharu masih dalam fasa pembangunan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda Eropah di kota Rom, Itali. Rekabentuk motosikal itu mendapat sentuhan pereka muda, Giovanni Dovis berumur 28 tahun.

Dovis juga ialah pereka skuter ADV350, Yamaha MT-07, Honda CB500F dan KTM 890 Duke. Model Hornet baharu dijangka ditayangkan menjelang akhir tahun ini.

BACA >>> Honda Hornet 2.0 Repsol Edition (2020) Lancar di India, Harga RM7k!
BACA >>> Honda Sepanyol Kongsi Video Acah Hornet Baharu, Guna Enjin Dwi-Silinder?
BACA >>> Naik Kelas 250cc, Pilih Enjin 1-Silinder atau 2-Silinder? Apa yang Berbeza?
BACA >>> Kawasaki Ninja ZXR250 - Legenda Superbike Mini, 4-Silinder 250cc!

SUMBER: Zing

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Giovanni Dovis, Honda Hornet (2022), Naked Bike 750cc, Pameran Motor Milan (EICMA) 2021, roda2, Yamaha MT-07

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev