• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Sentimen Rakyat Malaysia Tentang Kereta Macam Orang Amerika dan Pistol

#SembangDeras: Sentimen Rakyat Malaysia Tentang Kereta Macam Orang Amerika dan Pistol

June 22, 2022 By admin.pandulaju Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini, seorang ahli akademik mengutarakan satu cadangan bernas bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang tiada kesudahannya. Beliau memberikan solusi supaya bilangan kenderaan di Malaysia dikurangkan dengan melupuskan kenderaan lama berusia 10 tahun dan ke atas kalau tidak silap.

Cadangan tersebut nyata bernas. Namun, pelupusan kereta tua sebenarnya bukan sesuatu yang baharu, malah sudah lama diamalkan di negara-negara maju. Susulan cadangan amat munasabah itu, beliau menjadi sasaran kritikan netizen sehingga ada yang menggelar beliau sebagai ‘pakar lupus kereta’.

Harus bagaimana masalah ini diselesaikan ? Cadangan tersebut walaupun logik dan menawarkan solusi konkrit, namun agaknya bercanggah dengan sentimen rakyat negara ini terhadap kereta.

BACA >>> Lagi Cadangan Lupus Kereta Lama untuk Atasi Trafik Sesak di KL
BACA >>> Menteri: Cadangan Lupus Kenderaan Lama Belum Sesuai Dilaksanakan

Sentimen rakyat negara ini pada kereta ibarat sentimen rakyat Amerika Syarikat pada senjata api.

Walaupun rakyatnya memiliki senjata api dari pistol hinggalah kepada raifal tempur, manakala jumlahnya mengalahkan milik pasukan tentera di seluruh dunia, jangan ada yang berani mengusulkan supaya senjata api dihadkan sekali pun mereka sedar ribuan menjadi korbannya saban tahun.

Bagi rakyat AS, hak memiliki senjata api setara dengan hak asasi dan sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Usulkan sahaja idea bernas yang lain bagi mengurangkan insiden amukan senjata api dan tembakan rambang, namun jangan sentuh senjata api mereka.

Rakyat AS ada sekitar 400 juta senjata api dan mereka terus menambah koleksi yang ada. Pada 2021, rakyat Malaysia dianggarkan berjumlah 32.5 juta, manakala bilangan kenderaan pula sekitar 33.3 juta dan terus bertambah.

Solusi kepada kesesakan lalu lintas yang teruk akibat pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan harus bukan dengan melupuskan atau mengenakan cukai jalan lebih mahal terhadap kenderaan lama.

Solusinya adalah dengan membina lebih banyak jalan raya dan melebarkan lagi jalan sedia ada dengan jalan dua lorong menjadi empat lorong, manakala lebuh raya lapan lorong menjadi 16 lorong.

Penulis pula menyarankan supaya kerajaan melaksanakan kembali ‘work from home’ yang dijamin dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas dan menjimatkan bajet rakyat. Langkah ini lebih ‘afdal’ lebih-lebih lagi sekiranya Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak ekoran situasi semasa akibat perang Russia-Ukraine.

BACA>>> Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun
BACA>>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!

* Artikel ini disalin terus daripada pendapat WAN AZHAR WAN ABDULLAH menerusi ruangan 'Kata Editor' dalam portal Kosmo. Tulis penulis mungkin tidak menggambarkan pendirian kami di PanduLaju. Harap maklum. 

SUMBER: Kosmo

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Cadangan Lupus Kereta Lama, kesesakan lalu lintas, Lupus kereta lama, sembang deras

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev