• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / X50 Langgar Ambulans, Honda Jadi Mangsa Lampu Isyarat Tumbang

X50 Langgar Ambulans, Honda Jadi Mangsa Lampu Isyarat Tumbang

June 22, 2022 By Farah Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU rakaman kamera pemuka (dashcam) baru-baru ini merakamkan kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 di persimpangan lampu isyarat di Nilai Impian, Negeri Sembilan.

Walaupun kemalangan melibatkan ambulans dan X50, tetapi netizen nampaknya lebih bersimpati dengan malang menimpa pemandu Honda City yang menjadi mangsa keadaan apabila keretanya dihempap lampu isyarat.

Dalam rakaman itu, ambulans dilihat melanggar lampu isyarat, dipercayai dalam situasi kecemasan, sebelum datang X50 dari laluan lampu isyarat hijau dan tidak menyedari siren ambulan tersebut.

Disebabkan tidak sempat mengelak, pemandu X50 itu merempuh ambulans sebelum terbabas melanggar tiang lampu isyarat. Impak pelanggaran pula menyebabkan tiang tersebut tumbang menghempap City yang sedang menunggu lampu merah bertukar hijau di laluan bertentangan.

Rata-rata berpendapat ambulans tersebut memandu melulu, dan City tidak sepatutnya menjadi mangsa.

Bodoh punya ambulans... siren tu amaran bukan lesen redah semua laluan tanpa lihat segi keselamatan sebelum redah ," kata Sham Nissan.

"Naya Honda City tu. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi semua pihak yang terlibat," kata Amir Imanuddin Bin Roslan.

"Kesian H.. Tak bersalah pon terpalit," kata Badrul Hisham Nor.

"Ni ambulans swasta. Kejar trip la tu, menonong bawak ambulans," kata Nazrul Effendy Abdullah.

BACA>>> Ajal Rempuh Lori Rosak, Anggota Cawangan Khas Bukit Aman Maut
BACA>>> Kaki Melepuh, Bradl Bengang Honda Tak Dapat Sediakan Fairing Tahan Panas

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambulans, Ambulans Langgar Lampu, Auto Terkini, Dashcam, dashcam kemalangan, Kemalangan Langgar Ambulans, Langgar Lampu Isyarat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev